PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Alhamdulillah, Pada 20hb Julai 2019 yang lalu, PUBI Perak telah menganjurkan Kelas Pemantapan & Latihan Microsoft Word/Excel di Bilik Latihan PUBI Perak di Station 18, Ipoh Perak.

Kelas secara intensif ini telah melibatkan 10 orang Usahawan dan bakal Usahawan yang ingin memantapkan ilmu pengetahuan berkaitan perisian Microsoft Word & Excel di mana ianya dapat membantu di dalam melicinkan urusan pengurusan perniagaan serta kehidupan harian.

Kelas ini telah dikendalikan oleh Tenaga Pengajar yang sangat mahir dan pakar di dalam bidangnya iaitu Mr. Kenny yang juga merupakan tenaga pengajar yang dilantik oleh PUBI Perak untuk mengendalikan kelas-kelas latihan yang melibatkan kemahiran komputer.

Antara topik-topik yang akan dipelajari sepanjang kelas pemantap hari ini adalah seperti berikut:

Microsoft Word :-

  1. Borders and Watermarks
  2. Working with Images
  3. Working with Tables

Microsoft Excel :-

  1. Working with Formulas
  2. Working with Functions.
  3. Working with Graphs

Semoga dengan terlaksananya kelas ini, PUBI Perak sebagai NGO yang menerajui sektor pembangunan usahawan di Bandaraya Ipoh telah berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang dipikulnya demi memastikan kelestarian sektor keusahawanan yang kian mencabar ini.

Dengan ilmu pengetahuan yang mantap terutamanya di dalam bidang pengurusan maka akan lahirlah usahawan-usahawan yang berdaya saing serta maju di masa hadapan. Begitulah harapannya!

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..


Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.

Mawardah Ahmad Yusni
Penolong Bendahari Kehormat PUBI Perak