PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Terkini pada 10hb Ogos 2019 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang paling aktif di Bandaraya Ipoh telah menganjurkan sebuah bengkel yang sangat bermanfaat buat usahawan dan bakal usahawan bagi memajukan business masing-masing iaitu Bengkel Asas Pembinaan Laman Web & Blog Untuk Perniagaan.
Melalui bengkel ini, para peserta telah mempelajari perkara asas dan perkara penting untuk membina laman web dan blog menggunakan WordPress untuk perniagaan seperti domain, hosting, editing, plugin dan SEO.
Peserta juga telah mempelajari teknik untuk menyenaraikan perniagaan mereka di Google Business bagi melengkapkan identiti perniagaan masing-masing di atas talian.
Program yang berlangsung di Bilik Latihan Pejabat Urusan PUBI Perak & Kopubi Perak Bhd ini ditelah menggunakan tenaga pengajar yang sangay berpengalaman di dalam bidang IT iaitu En. Muhamad Hariz Bin Muhamad Adnan yang memiliki anugerah Ph.D. di dalam bidang IT dan juga merupakan Founder kepada AUTO SOFT (Web design and development service provider).
Antara Pengisian Program adalah seperti;
- Asas Laman Web : WordPress.com dan wordpress.org, Domain, Hosting, Plugin, Blog & E-commerce.
- Sesi Hands on 1 : Penyediaan domain dan hosting Pemilihan design website. Pembinaan website. Plugin & Publishing website
- Sesi Hands on 2 : Asas SEO. Cara menetapkan SEO untuk laman web dan blog. Pencarian keywords : Google search dan Google trends. Akaun Google & Penyenaraian di Google.
- Sesi Hands On 3: Google Business
Semoga bengkel ini akan memberi impak yang besar serta manfaat kepada semua peserta dan diharap akan memberi kesan kepada perniagaan masing-masing.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..
(opens in a new tab)”>Jom Daftar Sebagai Ahli PUBI Perak –>
Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.
Sharul Baha Abd Rahman
Pengerusi Kumpulan PUBI
KOMEN TERKINI