KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD ADALAH SEBUAH KOPERASI YANG DITUBUHKAN OLEH AHLI JAWATANKUASA PUBI PERAK SEJAK 2017 YANG KINI TERUS MENGORAK LANGKAH!

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa KOPUBI Perak Bhd akan menganjurkan sebuah sesi Taklimat Kerjaya bagi menerangkan peluang pekerjaan mahupun jawatan kosong yang bakal ditawarkan oleh pihak koperasi kepada penduduk-penduduk Di Bandaraya Ipoh mahupun di sekitar Negeri Perak yang berminat untuk mencari rezeki atau menambah punca pendapatan.

Ini adalah sebahagian daripada usaha yang dilaksanakan oleh KOPUBI Perak Bhd bagi merancakkan aktiviti dan kegiatan ekonomi di Negeri Perak disamping menawarkan peluang peningkatan ekonomi serta penambahan dari segi pendapatan khusus buat warga Perak.


Antara onjektif utama Taklimat Kerjaya yang bakal dijalankan ini adalah;

▶️ Menyampaikan peluang pekerjaan serta jawatan kosong yang ditawarkan oleh Pihak Koperasi kepada masyarakat umum.

▶️ Menyedarkan umum tentang kepentingan koperasi dan peranan koperasi di dalam meningkatkan ekonomi individu dan keluarga.

▶️ Memberi maklumat tentang sebuah program pemasaran keanggotaan dan saham koperasi yang memberi impak besar kepada peningkatan ekonomi Negara.

Oleh itu, KOPUBI Perak Bhd ingin mengajak anda semua untuk hadir ke sesi Taklimat Kerjaya KOPUBI Perak Bhd – Siri 1 yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 25hb Ogos 2019 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi – 01.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama UTC Perak, Jalan Datuk Onn Jaafar, Ipoh Perak.


Syarat Penyertaan adalah seperti Berikut:

✅ Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
✅ Mempunyai sijil SPM (Minima), Lepasan Diploma dan Ijazah juga digalakkan.
✅ Mempunyai perwatakan yang menarik serta berkeyakinan tinggi.
✅ Rajin solat dan patuh kepada perintah agama.
✅ Seorang yang Amanah dan berdisplin tinggi.

Nota: Kepada mereka yang mempunyai pekerjaan (Sedang Bekerja) juga digalakkan untuk hadir untuk mendengar taklimat ini seterusnya berpeluang untuk menyertai kami secara sambilan (Part time).


Kepada mereka yang berminat untuk hadir ke sesi Taklimat Kerjaya anjuran KOPUBI Perak ini dikehendaki untuk mengisi borang pengesahan kehadiran secara online dengan klik link yang disediakan di bawah ini;

Nota: Sila bawa resume anda bersama semasa hadir ke taklimat ini. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 05-322 3924


Semoga kita semua memperoleh kejayaan dan manfaat daripada apa yang dirancang ini.

Insyallah