PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada untuk tahun 2023 ini, PUBI Perak akan menganjurkan Bazar Ramadan bagi tahun 2023 / 1444M di dua buah lokasi yang sangat strategik iaitu di Station 18 (Laluan di perkarangan AEON Ipoh Station 18) dan juga di Taman Temara.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Sesi Lawatan Tapak Ke Tapak Permohonan Baru Bazar Ramadan

Oleh yang demikian, kepada peniaga-peniaga yang berminat untuk memohon tapak perniagaan di tapak lokasi Bazar Ramadan ini bolehlah datang terus ke Pejabat PUBI Perak secara ‘Walk-in’ untuk mendapatkan borang permohonan secara PERCUMA.

Anda juga boleh mengisi terus borang Permohonan tersebut di Pejabat kami dan membawa bersama dokumen-dokumen yang diperlukan seperti di bawah ini.

Dokumen yang diperlukan SEWAKTU MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN adalah;

  • 2x Salinan Kad Pengenalan Pemohon / Pelesen
  • 2x Salinan Kad Suntikan Anti Typhoid
  • 2x Salinan Sijil Pengendalian Makanan (KKM)
  • 2x Keping Gambar Berukuran Passport
  • Bayaran Tapak Seperti Yang Dinyatakan (TUNAI)
  • Bayaran yang dikenakan iaitu di Bazar Ramadan Taman Temara sebanyak RM600 (Tapak 10×20) / RM1,200 (Tapak 20×20) dan di Bazar Ramadan Station 18 adalah sebanyak RM550 (Tapak 10×20) / RM1,100 (Tapak 20×20).
  • Deposit pembersihan tapak yang dikenakan adalah sebanyak RM100 dan akan dipulangkan semula apabila kebersihan di tapak perniagaan masing-masing dijaga dengan baik.

Adalah diingatkan supaya para pemohon untuk membawa bersama salinan asal (Orginal) bagi tujuan pengesahan sewaktu menghantar dokumen-dokumen di atas di pejabat kami.

Untuk makluman tarikh tutup permohonan adalah pada 6hb Mac 2023.

Kepada yang berminat boleh hadir ke pejabat kami di alamat No.57B, Susuran Station 18, Station 18 Pasir Puteh, 31650 Ipoh Perak,

Untuk Pertanyaan –> www.wasap.my/601151850661/Bazar+Ramadan | www.wasap.my/60195773924/Bazar+Ramadan

Anda juga bileh join whatsapp group untuk info lanjut berkaitan penganjuran bazar ramadan di bandar Ipoh melalui link –> https://chat.whatsapp.com/IFM2eJjGc516SceOuSSP7v

Semoga usaha yang dilakukan ini akan dipermudahkan olehNya serta memberi manfaat kepada semua penduduk dan peniaga di sekitar kawasan ini.

Marilah sama-sama kita berdoa agar penganjuran bazar ramadan di bawah MBI tahun ini berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung dan juga para peniaga.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

Mohon hebahkan info ini, Terima kasih