TERKINI: PUBI LANCARKAN PLATFORM DERMA UNTUK TABUNG COVID-19 DAN BANTUAN USAHAWAN YANG TERJEJAS

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak di bawah Jawatankuasa Pembangunan Usahawan (JKPU) dan Jawatankuasa Kebajikan & Kerohanian (JKKK) telah membangunkan sebuah platform derma bagi tujuan mengutip dana sumbangan daripada orang ramai bagi mengisi tabung yang diberi nama ‘Tabung Covid-19 dan Bantuan Usahawan PUBI Perak’.

Platform yang dibangunkan ini menggunakan sistem bayaran ‘Gateway’ yang sangat efisien, selamat, mesra pelanggan dan mudah di mana penderma boleh terus membuat sumbangan berjumlah RM10, RM25, RM50, RM100 dan juga RM250 melalui pembayaran ‘online banking’, Kad Debit dan Kad Kredit masing-masing.

Untuk makluman semua, pendapatan peniaga-peniaga adalah sangat terjejas sepanjang PKPB ini kerana bilangan pengunjung ke Pasar Malam telah menurun akibat kebimbangan orang ramai terhadap penularan penyakit Covid-19 yang semakin meningkat akhir-akhir ini.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Perak Umum Bantuan ‘One-Off’ RM500 Kepada Peniaga Dan Penjaja Kecil

Dianggarkan pendapatan peniaga telah menurun sehinga 50% daripada kebiasaan dan ini telah menjejaskan kehidupan seharian mereka memandangkan perbelanjaan bulanan yang tetap terpaksa ditanggung setiap bulan.

Kami turut mendapat aduan ada beberapa peniaga yang terpaksa memberhentikan pekerja mereka serta terpaksa mengikat perut bagi meneruskan kelangsungan hidup pada waktu yang sukar ini.

Jesteru itu, PUBI Perak mensasarkan kutipan dana sebanyak RM10,000 bagi membantu seramai 100 orang Peniaga Kecil yang berniaga di bawah pasar malam anjuran PUBI Perak di sepanjang Perintah Kawalan Pergerak Bersyarat (PKPB) ini.

Bantuan dalam bentuk Kotak Bantuan bernilai RM100 yang akan dipenuhi dengan barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak dan lain-lain lagi akan dibekalkan kepada mereka di dalam masa terdekat di mana Pasaraya Kita Mart telah dipilih sebagai rakan strategik bagi membekalkan bekalan Kotak Bantuan tersebut.

Kita Mart adalah sebuah pasaraya muslim yang diusahakan oleh beberapa orang anggota Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) dan akan turut menerima modal Tabung Usahawan daripada KOPUBI Perak Bhd tidak lama lagi.

PUBI Perak berharap dengan pelancaran ‘Tabung Covid-19 dan Bantuan Usahawan PUBI Perak’ akan dapat meringankan beban peniaga-peniaga kecil ini yang sedang bergelut serta menghadapi kesukaran hidup pada waktu ini.

Semoga platform derma ini akan memberi manfaat kepada semua dan akan memberi impak yang besar kepada ekonomi negara terutamanya di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan secara amnya di Negeri Perak.

Kepada mereka yang ingin membuat sumbangan ikhlas serta ingin mendapat ganjaran pahala anda bolehlah berbuat demikian melalui alamat https://www.pubiperak.com/donations/tabung-covid-19-dan-bantuan-usahawan-pubi-perak/ atau boleh terus klik butang yang disediakan di bawah ini untuk terus membuat sumbangan..

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik anda semua dan jangan lupa kongsi artikel ini supaya lebih ramai penderma yang akan menyumbang kepada dana ini. Insyallah..

Sebarang pertanyaan sila hubungi 011-6568 3924 / 05-322 7297.