
TERKINI – BAYI LELAKI ANTARA TIGA MAUT NAHAS DI SUNGAI BULOH
KUALA LUMPUR – Tiga orang termasuk seorang bayi lelaki maut dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Km 457.9 Lebuhraya Utara Selatan, Sierramas di Sungai Buloh dekat sini, hari ini. (31hb Jan 2020)
Dua lagi cedera dalam kejadian itu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis ketika dihubungi Bernama berkata, nahas melibatkan kereta jenis Proton Persona yang dipercayai melanggar belakang sebuah treler yang diletakkan di bahu jalan.
Tragedi Kren Tumbang Di Mekah, Waris Telah Terima RM1.17 Juta –>
“Tiga mangsa berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mangsa yang cedera pula dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan,” katanya sambil menambah pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.57 tengah hari tadi.
Beliau berkata, polis kini menjalankan siasatan lanjut mengenai nahas itu. – Bernama
KOMEN TERKINI