Photo : Metro

TERKINI – KANAK-KANAK MAUT TERCEKIK MANGGA

KANAK-KANAK perempuan berusia empat tahun meninggal dunia dipercayai selepas tercekik buah mangga di rumahnya di Taman Limbong Jaya Idaman, Paka dekat Dungun petang hari ini.

Nur Amanda Ahmad Helmi disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Paka pada 5.20 petang.

Sebelum itu, mangsa dilaporkan mengalami sesak nafas ketika disuapkan buah mangga oleh bapanya pada 3.50 petang.

Tragedi Kren Tumbang Di Mekah, Waris Telah Terima RM1.17 Juta –>

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

Menurutnya, kanak-kanak terbabit dikatakan disuapkan potongan buah terbabit oleh bapanya sebelum mangsa secara tiba-tiba mengalami sesak nafas.

Katanya, melihat keadaan anaknya itu menyebabkan bapanya yang berusia 32 tahun itu bertindak mengejarkan mangsa ke Klinik Kesihatan Paka.

“Mayat kanak-kanak berkenaan kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat yang dijangkakan dilakukan pada pagi esok bagi mengenal pasti punca kematiannya.

“Siasatan polis mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh badan mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

“Hari Ini Saya Telah Kehilangan Abang Akibat Kecuaian Pemandu Mabuk.” – Adik –>

Sumber – Metro