INSPIRASI BERJAYA – 8 SEBAB KENAPA ORANG KAYA BERTAMBAH KAYA

Tempoh hari ada terbaca satu quote daripada sahabat Facebook;

Ajarkan 2 perkara penting untuk anak-anak untuk kehidupan iaitu: Ilmu agama dan ilmu kewangan

Ilmu agama sudah tentu…

Ilmu kewangan adalah satu pembelajaran sejak kecil yang kita terapkan buat anak-anak.

Anak-anak mendapat pendidikan formal sejak berumur 7 tahun sehingga mereka meningkat dewasa.

Namun, adakah mereka mampu mengurus kewangan mereka apabila sudah masuk ke zaman universiti, alam pekerjaan dan berkahwin nanti?

Mengapa anak orang yang lahir dari keluarga yang kaya masih mampu mengekalkan kekayaan keluarga dan anak keluarga orang biasa berbeza tahap ekonomi mereka?

Ok, saya berikan beberapa sebab yang dikongsi oleh Deep Patel, seorang usahawan dan penulis di entrepreneur.com

1. PEMIKIRAN KEWANGAN BERKEMBANG

Orang kaya sebenarnya seorang yang kreatif apabila berfikir mengenai bisnes dan mencari pelbagai cara untuk membuat duit. Pemikiran sebegini mampu menjadikan mereka seorang yang berbeza dan membuka peluang kepada ramai orang lain untuk berjaya bersama-sama dengan mereka.

2. JALIN HUBUNGAN DENGAN ORANG BERJAYA

Kajian psikologi juga menyatakan kita akan menjadi seperti 5 orang yang rapat dengan kita. Mari fikir sebentar dalam tempoh 5 tahun lepas, apa yang kita dapat dengan berkawan dengan rakan yang sama?

Pencuci Pinggan Jadi Tokey Sabun –>

Baik, kita boleh ubah dengan hadirkan diri ke majlis ilmu atau sesi minum kopi bersama mereka yang berjaya atau dengan mereka yang sedang menuju kejayaan. Ini adalah pelaburan masa dan wang ringgit yang akan membantu kita pada masa akan datang.

Penulis sendiri ketika baru bermula sangat sibuk hadirkan diri ke majlis dan laburkan wang ringgit bagi perkenalkan diri dan servis yang kita lakukan.

3. KELUAR DARIPADA ZON SELESA

Orang kaya berjaya kerana mereka berani keluar daripada zon selesa. Apabila kita terlalu selesa bermakna kita sudah ‘mati’. Hidup seperti robot dan tiada penambahan kualiti kehidupan dengan perkara baru.

Orang kaya tidak teruja denga masuk ofis jam 9-5 petang, adakala hidup mereka lebih sibuk kerana mereka suka menjadikan idea mereka satu realiti yang dapat membantu lebih ramai orang.

Das Abdul: Dulu Jurutera, Sekarang Jutawan Bantal –>

Kita ambil contoh Bill Gates yang sudah kaya-raya menubuhkan Yayasan Bill & Melinda Gates yang membantu ramai orang lagi dengan mewujudkan tandas baru diberi nama ‘Tiger Toilet’ dan air bersih kepada penduduk India,Myanmar dan Uganda. Kenapa Tiger Toilet?

Kerana tandas ini menggunakan Tiger Worms atau nama saintifiknya Eisenia Fetida, iaitu binatang yang suka makan najis.

4. FOKUS DENGAN PEMBANGUNAN DIRI

10 tahun berlalu, kita masih di tahap yang sama. Ada tak pencapaian dan projek yang berbeza yang dijalankan kita berjaya atau gagal dalam tempoh 10 tahun tersebut?

85% orang kaya membaca 2 atau 3 buah buku setiap bulan, hanya 11% baca bahan hiburan. 94% orang kaya membaca mengenai berita-berita terkini.

5. TAK PERNAH BERSARA

Jika sejak usia muda mereka suka dengan apa yang mereka lakukan tanpa paksaan, mengapa perlu bersara? Mungkin di usia persaraan mereka tetap bekerja tapi lebih fleksibel kerana perniagaan sudah diambil alih oleh orang lain.

Ketika ini mereka akan bercuti tapi mungkin atas faktor meluaskan jaringan kenalan.

6. ELAK BERBELANJA LEBIH

Ia bukan bermaksud mereka kedekut. Mereka akan membeli barang yang berkualiti sesuai dengan harga dan keperluan akan datang. Jika kita nampak orang kaya membeli kenderaan mewah dan sebagainya, ia mungkin salah satu strategi untuk elakkan syarikat bayar cukai berlebihan.

7. AMBIL MASA UNTUK BERFIKIR

Kebanyakan orang kaya adalah seorang yang fokus dan ambil masa dengan diri sendiri setiap hari. Ambil masa dalam 30 minit sehingga satu jam di lokasi yang senyap dan tanpa gangguan membuatkan mereka boleh merancang strategi untuk matlamat mereka.

Ada yang mengambil masa untuk menulis dan merangka idea mereka untuk dijadikan realiti.

8. SEDEKAH DAN BUAT KEBAIKAN

Dalam Islam sendiri ada menyarankan supaya kita bersedekah agar dapat terima ganjaran yang berlipat kali ganda.

Tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima. Usah buang masa dengan pemikiran negatif.

Jarang orang kaya bersikap begitu.

Mereka tenang hadapi cabaran.

Terus cari jalan penyelesaian.

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu

Sumber : Majalah Labur