PENDAFTARAN PELANGGAN MYANGKASA AMANAH BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 04hb Mac 2024 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah hub Perkhidmatan Penulisan Wasiat, Hibah dan juga Pengurusan Harta Pusaka di mana salah seorang wakil pemasaran KOPUBI Perak Bhd telah menganjurkan sebuah sesi taklimat serta pendaftaran seorang pelanggan yang melanggan perkhidmatan KOPUBI Perak Bhd.

Sesi taklimat dan tandatangan ini telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd yang terletak di Station 18, Ipoh Perak.

Melalui sesi ini, pelanggan tersebut telah diberi penerangan tentang kepentingan penulisan wasiat semasa hayat dan manfaat yang bakal diperolehi oleh waris yang ditinggalkan sekira berlakunya kematian kelak.

Baca Lanjut

KELAS TEKNIKAL TEAM MAAB – KOPUBI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 04hb Mac 2025 yang lalu, Team MyAngkasa Amanah KOPUBI Perak Bhd telah mengadakan sebuah Kelas Latihan Teknikal kepada Pengurus Kumpulan, Pengurus Pemasaran dan juga Wakil Pemasaran di bawah seliaan KOPUBI Perak Bhd.

Alhamdulillah kerana Kelas Teknikal ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd bertempat di Station 18, Ipoh Perak.

Syukur kerana wakil-wakil daripada KOPUBI Perak Bhd telah menyertai Kelas Teknikal dan telah dihidangkan dengan ilmu pengetahuan yang mampan berkaitan Pengurusan Harta Pusaka dan juga Wasiat.

Baca Lanjut

PEMBUKAAN BAZAR RAMADAN TAMAN TEMARA

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 2hb Mac 2025 yang lalu bersamaan dengan 1 Ramadan 1446H telah berlangsung pembukaan Bazar Ramadan 2025 anjuran PUBI Perak bertempat di tapak bazar ramadan di Taman Temara, Ipoh Perak Darul Ridzuan

Baca Lanjut

PERSIAPAN BAZAR RAMADAN ANJURAN PUBI PERAK 2025

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAKAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 21hb Februari sehingga 28hb Februari 2024 yang lalu, persiapan pembukaan bazar ramadan 2025 anjuran PUBI Perak telah giat dijalankan bertempat di tapak bazar ramadan di Taman Temara, Ipoh Perak Darul Ridzuan.

Baca Lanjut