
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 2hb Mac 2025 yang lalu bersamaan dengan 1 Ramadan 1446H telah berlangsung pembukaan Bazar Ramadan 2025 anjuran PUBI Perak bertempat di tapak bazar ramadan di Taman Temara, Ipoh Perak Darul Ridzuan
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Persiapan Bazar Ramadan Anjuran PUBI Perak 2025
Alhamdulillah pada hari pembukaan ini, AJK PUBI Perak yang diketuai oleh En. Sharul Baha b Abd Rahman selaku Pengerusi PUBI Perak telah hadir untuk persiapan akhir dan turut dibantu oleh En, Mohammad Nafis, Bendahari PUBI Perak, Pn. Zuraida Zulkepli, Penolong Setiausaha dan En Khaitul Akmal selaku AJK PUBI Perak merangkap ketua Bazar.
Antara persiapan yang dijalankan adalah memasang kon dan menutup jalan utama ke laluan bazar ini dan memastikan setiap peniaga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Pada hari tersebut juga, PUBI Perak telah membekalkan Tong Sampah utk kegunaan Peniaga Bazar ini dan juga menyerahkan Plastik Sampah yg tebal dan juga cable tie.
Disamping itu juga para peniaga juga turut menerima salinan Lesen Penjaja daripada pihak MBI utk simpanan dan rujukan mereka. Untuk makluman, Bazar Ramadan Taman Temara akan beroperasi di lokasi yang baharu yang tidak berjauhan daripada tapak lokasi Bazar Ramadan yang asal dan notis pemindahan tapak bazar ramadan ini telah diedarkan kepada peniaga-peniaga.
Pemindahan tapak ini dijangka akan memberi lebih keselesaan kepada peniaga dan juga pengunjung seterusnya memberi pengalaman yang baik ketika membeli belah di bazar ramadan ini.

Pada tahun 2025 ini hampir 30 orang peniaga telah bersedia untuk memasuki bazar ini pada 1 Ramadhan yang mana melibatkan hampir 60 petak/tapak bazar yang telah disediakan oleh pihak Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) di kedua-dua lokasi tersebut.
Syukur hasrat untuk PUBI memberi kemudahan kepada peniaga-peniaga kecil mencari rezeki pada tahun ini telah tercapai dengan izinNya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak MBI kerana memberi kepercayaan kepada pihak PUBI sebagai salah sebuah penganjur bagi Bazar Ramadan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..



KOMEN TERKINI