PERJUMPAAN BERSAMA TEAM MYANGKASA AMANAH BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 15hb Mei 2025 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Perjumpaan Bersama Team MyANGKASA Amanah Bhd anjuran KOPUBI Perak Bhd bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd.

Station 18, Ipoh Perak. Tujuan perjumpaan adalah untuk membincangkan aktiviti Perkhidmatan Pengurusan Harta Pusaka, Hibah dan Wasiat yang ditawarkan oleh KOPUBI Perak Bhd kepada Anggota dan juga Masyarakat Umum.

Untuk makluman, ini adalah perjumpaan bulanan yang diadakan melibatkan Pengurus Kumpulan dan Pengurus Pemasaran KOPUBI Perak Bhd bagi melaksanakan usahasama strategik sebagai Rakan Niaga Premium Koperasi dengan kerjasama anak syarikat ANGKASA iaitu MyAngkasa Amanah Bhd.

Baca Lanjut