STR FASA 4 SEMAKAN STATUS TARIKH & JUMLAH BAYARAN

INFO-STR FASA 4 SEMAKAN STATUS TARIKH & JUMLAH BAYARAN

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN STR FASA 4 & JUMLAH BAYARAN YANG DITERIMA

Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, iaitu STR, di mana isi rumah dengan pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.

STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Baca Lanjut

PERJUMPAAN BERSAMA JURUAUDIT KOPERASI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 04hb September 2023 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan pertemuan dengan dengan pihak Juruaudit Luar yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi membincang pelaksanaan proses pengauditan akaun kewangan Koperasi di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd.

Mewakili pihak koperasi bagi tujuan perbincangan itu adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman dan turut disertai oleh Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd merangkap Setiausaha Koperasi iaitu En Haizul Fakarudin dan En Mohamad Firdaus selaku Bendahari Koperasi. Manakala mewakili pihak juruaudit luar adalah wakil daripada ARA Associates iaitu En. Rahim dan Pn Nurul.

Melalui pertemuan ini, pihak KOPUBI Perak Bhd telah bersetuju untuk melantik firma audit ini untuk menjalankan kerja-kerja pengauditan ke atas akaun-akaun kewangan milik koperasi bagi tahun 2022 dan ini adalah kali pertama firma ini mengaudit akaun-akaun KOPUBI Perak Bhd.

Baca Lanjut