iTEKAD GERAN PERCUMA UNTUK USAHAWAN B40 DAN ASNAF PERAK

INFO-iTEKAD GERAN PERCUMA UNTUK USAHAWAN B40 DAN ASNAF PERAK

iTEKAD adalah sebuah program di bawah konsep payung kewangan yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama pelbagai bank bertujuan membantu usahawan mikro berpendapatan rendah kategori B40 untuk memperkukuh/memperkasakan pengurusan kewangan dan kepintaran perniagaan ke arah menjana pendapatan yang mampan serta berterusan, selari dengan aspirasi Kerajaan untuk mempertingkatkan tahap ekonomi golongan tersebut.

Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Ambank dan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) akan melancarkan dua pemberian geran khas dan wang zakat sekitar bulan November 2023 seperti berikut:-

Baca Lanjut

PROGRAM KOPERASI ANTARABANGSA

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 29hb Ogos 2023 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah dijemput untuk menghadiri webinar gabungan koperasi peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMA) bersama Ikopin University of Indonesia dan National Cooperative College of Mauritius (NCCM).

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) ke webinar yang bermanfaat ini adalah En. Khairul Akhmal selaku Ahli Lembaga Koperasi Saudara Aiman selaku JK Penentusah Minit Mesyuarat Agung Koperasi.

Objektif penganjuran wabminar ini adalah untuk memberi pendedahan serta inspirasi dari koperasi-koperasi yang berjaya dan maju kehadapan dalam membangunkan perniagaan masing-masing dari dalam dan luar negara.

Baca Lanjut