MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR INTERN KUMPULAN PUBI

KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.

Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.

Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 5hb Februari 2023 yang lalu, Kumpulan PUBI telah mengadakan majlis perpisahkan bagi meraikan Pelajar Latihan Industri iaitu Cik Asma Aimuni salah seorang pelajar Pengajian Muamalat daripada Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur yang tamat latihan selama 4 bulan di PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd.

Baca Lanjut