KHIDMAT KEBERSIHAN DAN RAWATAN

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 20hb Oktober 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah menghadiri satu taklimat bagi kontrak Khidmat Kebersihan Dan Rawatan yang ditawarkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli Perak.

Untuk makluman semua, taklimat Khidmat Kebersihan Dan Rawatan ini telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Pandak Hamid, Orang Asli One Stop Center (AOASC) Kampung Bawong Sungai Siput Perak.

Hadir ke sesi taklimat ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman dan tujuan utama aktiviti ini adalah bertujuan untuk menawarkan sebut harga kepada pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli Perak ini mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Baca Lanjut