JUMPER PUNB 2022: PROGRAM LATIHAN KEUSAHAWANAN GRADUAN

JUMPER PUNB 2022: PROGRAM LATIHAN KEUSAHAWANAN GRADUAN

Graduan Bumiputera yang berminat untuk menjadi usahawan adalah dialu-alukan memohon Program JUMPER PUNB bagi pengambilan akhir 2022.

Program JUMPER PUNB adalah program latihan keusahawanan di bawah bimbingan mentor perniagaan yang berpengalaman dalam industri perniagaan yang terpilih.

Program ini mensasarkan graduan muda Bumiputera yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan serta menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Baca Lanjut

JAMINKERJA 2.0: INSENTIF MAJIKAN & PEKERJA BAHARU 2022

JAMINKERJA 2.0: INSENTIF MAJIKAN & PEKERJA BAHARU 2022

JaminKerja 2.0 merupakan insentif kewangan yang diberikan kepada kepada majikan bagi permohonan yang dilakukan mulai 1 Ogos 2022 bagi pengambilan pekerja baharu mulai 1 Januari 2022.

Program ini dikhaskan kepada majikan yang mengambil pekerja baru dalam kalangan sektor Pelancongan, Wanita penggantian Pekerja Asing dan Pegawai Dagang, dan Golongan Rentan seperti Orang Kurang Upaya (OKU) dan lain-lain.

Menerusi program ini, majikan akan menerima insentif kewangan sehingga RM42,000 dan bantuan mobiliti kepada pekerja sebanyak RM500.00 dibayar terus secara one-off.

Baca Lanjut

37 TAHUN BEROPERASI, NATIONWIDE EXPRESS UMUM PENUTUPAN OPERASI

37 TAHUN BEROPERASI, NATIONWIDE EXPRESS UMUM PENUTUPAN OPERASI

Mulai beroperasi bermula tahun 1987, Nationwide Express Courier Services Bhd dilaporkan bakal muncul sebagai sebuah lagi syarikat yang bakal menutup operasi di Malaysia.

Difahamkan persekitaran yang semakin mencabar dan sengit antara yang membuatkan syarikat ini memilih untuk menutup operasi selepas 37 tahun.

Nationwide Express Courier Services Bhd dalam satu kenyataan berkata syarikat mereka sedang mengambil langkah untuk menghentikan operasi perniagaannya secara beransur-ansur selepas petisyen penggulungan difailkan terhadapnya.

Sumber: nationwide express

Untuk pengetahuan, Nationwide Express dibangunkan oleh seorang ahli perniagaan bernama Tan Sri Basir Ismail yang sekaligus berjaya membawa syarikat ini menjadi antara peneraju khidmat kurier dalam negara.

Sebagai rekod, Nationwide Express memiliki 1,100 pekerja, lebih 300 kenderaan dan 500 motosikal. Sebanyak 150 cawangan Nationwide Express turut tersedia di Malaysia, Singapura dan Brunei dengan kapasiti untuk mengurus 40,000 barangan sehari.

Mengulas mengenai operasi penghantaran barang, syarikat ini dilaporkan bakal menerima barangan terakhir pada 7 Disember ini manakala Nationwide Express bakal menghentikan operasi secara rasmi pada 15 Disember.

SUMBER: The Edge Markets

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

KUMPULAN PUBI yang terdiri daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. (KOPUBI) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Anwar bin Ibrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24hb November 2022.

Semoga Yang Berhormat meneruskan agenda membantu rakyat Malaysia dan terus memperjuangkan nasib rakyat terutamanya golongan usahawan dan bakal usahawan serta menyokong gerakan NGO serta koperasi di tanah air yang tercinta ini.

Daripada,
Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) & Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. (KOPUBI)