PESAKIT COVID-19 LARIKAN DIRI DARI HOSPITAL

TERKINI – PESAKIT COVID-19 LARIKAN DIRI DARI HOSPITAL

Polis dilapor sedang mengesan seorang pramugari yang disyaki Covid-19 melarikan diri dari Hospital Parit Buntar, Perak ketika menjalani saringan kesihatan semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan tersebut daripada hospital.

“Usaha menjejaki pesakit itu sedang giat dijalankan,” katanya lapor Sinar Online. Usaha mengesan pesakit kini dilakukan dengan hebahan awal ke Pusat Kawalan Daerah (DCC) Covid-19.

Baca Lanjut

BIODATA USTAZ EBIT LEW; INSAN YANG BANYAK MENYANTUNI MASYARAKAT DENGAN HIKMAH

Ustaz Ebit Lew menyantuni Anggota yang bertugas sewaktu Penularan Wabak Penyakit Covid-19 | Kredit Photo – FB Ebit Lew

BIODATA USTAZ EBIT LEW; INSAN YANG BANYAK MENYANTUNI MASYARAKAT DENGAN HIKMAH

Pada waktu penularan wabak penyakit Covid-19 yang sedang melanda negara kita pada waktu ini, kita dapat lihat bagaimana seorang insan sedang bertukus-lumus menyantuni anggota-anggota petugas di barisan hadapan dengan menyediakan keperluan-keperluan mereka.

Tindak tanduk beliau sangat dikagumi oleh netizen dan telah menjadi inspirasi kepada ramai orang bahawa hidup di dunia ini perlulah sentiasa beramal baik dan membuat kebajikan walau di dalam keadaan yang sukar.

Dengan tagline ‘keluarga sunnah’, dan sentiasa menyeru umat Islam untuk mengikut cara hidup Baginda Nabi SAW, sudah cukup membuatkan Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew atau nama komersialnya Ustaz Ebit Lewdisegani dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Baca Lanjut

TERKINI : BANK NEGARA BENAR PENANGGUHAN PINJAMAN AUTOMATIK ENAM BULAN

Kredit Photo : BH Online

TERKINI : BANK NEGARA BENAR PENANGGUHAN PINJAMAN AUTOMATIK ENAM BULAN

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) membenarkan pelanggan perbankan, termasuk individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka, termasuk gadai janji dan sewa beli, untuk tempoh enam bulan.

Ia langkah tambahan BNM untuk mengurangkan beban perniagaan dan isi rumah yang dijangka terkesan oleh penularan COVID-19.

Dalam satu surat kepada pengurusan kanan institusi kewangan yang dilihat oleh BH hari ini, BNM berkata moratorium automatik itu akan berkuat kuasa mulai 1 April ini.

Baca Lanjut