JOM DAFTAR BENGKEL ASAS PEMBINAAN LAMAN WEB & BLOG

JOM DAFTAR – BENGKEL USAHAWAN ANJURAN PUBI PERAK!


PUBI PERAK SEBAGAI SALAH SEBUAH PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENGANJURKAN SEBUAH PROGRAM YANG AKAN MEMBANTU USAHAWAN SERTA MAMPU MENINGKATKAN JUALAN SERTA KREDIBILITI SESEBUAH PERNIAGAAN.

Bengkel tersebut adalah Bengkel Asas Pembinaan Laman Web & Blog di mana melalui bengkel ini peserta akan mempelajari cara untuk membina laman web & blog menggunakan WordPress, SEO – Teknik menaikkan ranking website & blog di dalam Google serta cara untuk menyenaraikan perniagaan anda di dalam Google Map & carian Google melalui Google My Business.

Kami sangat faham kepentingan pemasaran melalui laman web dan blog di kalangan usahawan dan bakal usahawan yang ingin meningkatkan jualan serta mengembangkan perniagaan masing-masing di dalam dunia perniagaan yang kian mencabar masa kini.

Sekiranya kita gagal menambah ilmu serta gagal memahami perubahan semasa di dalam bidang pemasaran, kita berkemugkinan besar akan mengalami kegagalan yang akan mengakibatkan kerugian besar termasuklah wang ringgit, tenaga dan masa kita yang sangat berharga.

Baca Lanjut

COVID-19: MALAYSIA TERTINGGI DI ASIA TENGGARA

TERKINI – COVID-19: MALAYSIA TERTINGGI DI ASIA TENGGARA

MALAYSIA menjadi negara tertinggi di Asia Tenggara bagi kes jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) selepas mencatatkan 428 kes, dengan sembilan kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati jumlah terkini itu berikutan terdapat 190 kes positif Covid-19 baharu setakat 12 tengah hari.

“Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes baharu itu adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Baca Lanjut