JOM DAFTAR KURSUS KEMAHIRAN MEMBUAT PIZZA

JOM DAFTAR – BENGKEL USAHAWAN ANJURAN PUBI PERAK!


PUBI PERAK SEBAGAI SALAH SEBUAH PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENGANJURKAN SEBUAH PROGRAM YANG AKAN MEMBANTU USAHAWAN SERTA MAMPU MENINGKATKAN JUALAN SERTA KREDIBILITI SESEBUAH PERNIAGAAN.

PUBI Perak melalui kerjasama dengan pihak Kolej Teknologi MIDAS telah bersetuju untuk menyediakan tempat latihan yang sangat ekslusif kepada pihak PUBI Perak untuk menjalankan kursus kemahiran yang sangat ditunggu-tunggu iaitu Kursus Kemahiran Membuat Pizza.

Untuk pengetahuan semua, kursus kemahiran ini adalah kali pertama anjuran Jawatankuasa Pembangunan Wanita PUBI Perak yang diketuai oleh Pn Zuraida Zulkepli. dengan kerjasama Jabatan Pastri, Kolej Teknologi MIDAS.

Kursus ini akan dikendalikan oleh Tenaga Pengajar yang berpengalaman luas dan bertauliah serta berpengalaman luas dalam bidang pastri dan juga bakeri.

Baca Lanjut

KUNJUNGAN HORMAT KBPUBI KE MSU COLLEGE

KBPUBI SELAKU KELAB USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN BELIA SERTA MEMBANTU BELIA MENJADI PEMIMPIN MASA DEPAN.

Terkini pada 28hb Februari 2020 yang lalu, Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh Perak (KBPUBI Perak) telah mengadakan kunjungan hormat ke MSU College untuk bertemu dengan Pengurusan utama kolej.

Mewakili KBPUBI Perak adalah Pengerusi KBPUBI Perak En. Mohamad Jamean, Setiausaha KBPUBI Cik Mawardah dan Penolong Setiausaha En. Madzarul Yusuf.

Tujuan utama kunjugan hormat ini adalah untuk memperkenalkan KBPUBI Perak serta peranan yang dimainkan untuk membantu serta membangunkan usahawan muda di Negeri Perak ini.

Baca Lanjut

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DI ATAS PELANTIKKAN SEBAGAI PRESIDEN PPOC PERAK

SELURUH ANGGOTA KABINET KUMPULAN PUBI DAN AHLI DI BAWAH NAUNGAN MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA EN. SHARUL BAHA BIN ABD RAHMAN.

Di atas pelantikkan sebagai Presiden Persatuan Pemulihan Orang Cacat Perak bagi tahun 2020. Selamat menjalankan tugas dan semoga dapat menjalankan amanah dengan penuh bertanggungjawab.

Diharapkan Persatuan Pemulihan Orang Cacat Perak – PPOC Perak akan bertambah maju dan berjaya di bawah pimpinan tuan presiden terutamanya di dalam usaha membela nasib orang-orang kelainan upaya serta menjaga kebajikan mereka. Insyallah..

Ikhlas Daripada,
Seluruh Anggota Kabinet dan Ahli di bawah naungan Kumpulan PUBI

FB PAGE PUBI PERAK KINI MENCECAH LEBIH 14,000 LIKES

TERKINI – BERKAT USAHA GIGIH DAN SOKONGAN PADU, FB PAGE PUBI PERAK KINI MENCECAH LEBIH 14,000 LIKES

Hari ini dalam sejarah, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak) selaku Persatuan Usahawan dan NGO Perak paling aktif di Bandaraya Ipoh telah mempunyai lebih 14,000 likes dan followers di laman sosial facebook.

Bermula dari 0 likes kira-kira 4 tahun yang lalu kini sudah berada pada tahap yang boleh dibanggakan. Tahniah kepada AJK PUBI Perak yang berusaha gigih untuk mempromosi FB Page ini kepada semua warga Netizen khususnya di Bandaya Ipoh.

Semoga PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO Perak paling aktif di Bandaraya Ipoh terus maju dan mengorak langkah dengan lebih bergaya pada masa hadapan.

Insyallah..

Terima kasih di atas sokongan dan perhatian anda semua!

Barisan Ahli Jawatankuasa PUBI Perak Sesi 2019 – 2022