KBPUBI SELAKU KELAB USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN BELIA SERTA MEMBANTU BELIA MENJADI PEMIMPIN MASA DEPAN.

Terkini pada 28hb Februari 2020 yang lalu, Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh Perak (KBPUBI Perak) telah mengadakan kunjungan hormat ke MSU College untuk bertemu dengan Pengurusan utama kolej.

Mewakili KBPUBI Perak adalah Pengerusi KBPUBI Perak En. Mohamad Jamean, Setiausaha KBPUBI Cik Mawardah dan Penolong Setiausaha En. Madzarul Yusuf.

Tujuan utama kunjugan hormat ini adalah untuk memperkenalkan KBPUBI Perak serta peranan yang dimainkan untuk membantu serta membangunkan usahawan muda di Negeri Perak ini.

Mesyuarat Pertama Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh –>

Disamping itu Pengerusi KBPUBI Perak juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan kepada Pihak MSU College perancangan aktiviti yang dapat dijalankan bersama bagi mendidik dan melahirkan usahawan muda dalam pelbagai bidang.

Alhamdulillah, KBPUBI Perak telah mendapat maklumbalas serta sambutan yang sangat baik dari Pihak MSU College dan semoga dengan perjumpaan ini akan menghasilkan sebuah kerjasama yang lebih erat dan dinamik di antara kedua buah entiti ini.

KBPUBI Perak sebagai sebuah Kelab belia berorientasikan Keusahawan yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya terutama menarik minat golongan belia menceburi perniagaan.

Semoga KBPUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Kelab Belia yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..