KBPUBI SELAKU KELAB USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN BELIA SERTA MEMBANTU BELIA MENJADI PEMIMPIN MASA DEPAN.
Terkini pada 28hb Januari 2020 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh – Bil.01/2020 di Pejabat Urusan KBPUBI Station 18.
Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Saudara Mohamad Jamean selaku Pengerusi Kelab diadakan secara berkala bagi membincangkan Aktiviti yang bakal dijalankan serta program-program KBPUBI sepanjang tahun 2020 ini.
Penambahan ahli kelab belia menjadi tunjang utama bagi memperkukuhkan struktur organisasi. Terima kasih dan Tahniah kepada seluruh Ahli Jawatankuasa yang sangat komited untuk hadir ke Mesyuarat.
Kelab Belia Pubi Ditubuhkan Secara Rasminya –>
Semoga dipermudahkan segala urusan Jawatankuasa ini di dalam usaha menjayakan misi & visi Kelab bagi membantu barisan Belia bakal pemimpin masa depan di Bandaraya Ipoh ini.
Semoga KBPUBI juga terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Kelab Belia yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI