Gambar : IG Ustaz Ebit Lew

KISAH KEHIDUPAN: USTAZ EBIT SAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN ISTERI “4 KALI HAMPIR MATI UNTUK ABANG, TERIMA KASIH BIDADARIKU”

Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew menjadi tumpuan masyarakat kerana sikapnya yang suka membantu insan-insan serta keluarga yang memerlukan bantuan. Beliau kelihatan turut membantu non-muslim juga sepanjang tempoh PKP dimana ramai orang yang terjejas pendapatan akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanankan oleh kerajaan.

Beliau juga sering menyeru masyarakat dalam membina rumahtangga yang bahagia dengan menghargai isteri masing-masing. Beliau selalu menjadi ikon kepada suami yang baik dan selalu menghargai isterinya.  Menggelarkan isterinya sebagai bidadari, beliau sangat menghargai isterinya yang banyak berk0rban menjaga anak-anak disaat beliau keluar pergi membantu masyarakat di luar.

Melalui perkogsian terbaru Ustaz Ebit telah memuat naik video memberikan hadiah bunga serta kek buat isteri tersayang. Rupanya 17hb Jun adalah hari ulang tahun kelahiran isteri tercinta.

KISAH KEHIDUPAN: Luahan Ustaz Ebit Lew Di Pagi Syawal

Beliau sentiasa menyeru agar masyarakat menghargai isteri agar dilimpahkan rezeki serta dirahmati kehidupan didunia dan akhirat.

Menerusi perkongsian beliau, beliau benar-benar bersyukur pada Allah, Selamat Hari Lahir bidadari tercinta ujarnya. Terima kasih bidadari abang kerana menemani hidup ini dari dulu sehingga hari ini. Bahagia dan bersyukur kerana Allah menemukan kita. Allah yang maha baik dan maha mengatur segalanya.

Kasih sayang Allah. Doa bidadari ini. Dulu abang sentiasa ada doa mak ayah. Sekarang Allah tambah beri bidadari dalam hidup abang. Masa berlalu. Entah berapa hari yang tinggal tambahnya lagi.

Terima kaseh kerana sentiasa bersama abang. Tak pernah meminta apa-apapun. Tak susahkan abang. Terima kaseh 4 kali hampir ‘mati’ melahirkan anak kita. 4 kali mati untuk abang. Abang takde korban apapun ulasnya.

Terima kaseh Allah atas semua nikmat dalam hidup ini. Syukur Allah hadiahkan bidadari disisi menemani perjuangan ini. “

Ustaz Ebit Lew

Rindu dapat berjuang di jalan Allah. Membantu orang miskin dan anak yatim. Dirimu segalanya dalam hidup ku. Isteriku Bidadari. Hidup didunia saat rasa penat, pedih sakit, Allah beri dirimu bidadariku penyejuk mata, jiwa dan hidup ini.

Terima kaseh sayang bidadariku. Selamat hari lahir 17 Jun. Allah beri bidadari abang sentiasa cantik menawan lawa baik solehah takwa paling indah dalam hidup ini tambahnya lagi.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai komen dan reaksi dari netizen. Rata-rata sangat terharu melihat layanan ustaz terhadap isterinya. Rata-rata netizen meninggalkan komen positive dan terus memberi semangat buat isterinya untuk membenarkan suaminya terus membantu orang ramai.

Semoga Ustaz sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk terus berbakti, semoga hubungan Ustaz dan bidadarinya kekal ke jannah amin.

Sumber: IG Ebit Lew, Blog viwanita