PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.
Terkini pada 31hb Mei 2020 yang lalu, PUBI Perak telah menyertai bersama untuk membuat satu sidang media kepada wartawan bagi merayu pembukaan pasar malam di daerah kinta mengikut SOP sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan oleh Pihak Kerajaan.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Penyerahan Bantuan Bekalan Makanan Kepada Ahli Kumpulan PUBI
Mengetuai sidang media ini adalah En. Jaafar selaku Pengerusi Persatuan Penjaja-penjaja Kecil Melayu Pasar Malam Bergerak Melayu Kinta (PAYUNG). Turut hadir adalah En. Kamal selaku Timbalan Pengerusi Persatuan Penjaja Perniaga Kecil Melayu Perkasa Perak (PERKASA) serta Pengerusi Persatuan Penjaja Pasar Pagi dan Pasar Malam Ipoh, Wong Kok Hoe.
Mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) pula adalah Tuan Pengerusi En Sharul Rahman.
Antara objektif utama sidang media ini adalah untuk memaklumkan hasrat penganjur pasar malam bagi membuka semua operasi pasar malam di daerah kinta mengikut SOP yang dicadangkan pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan ini.
Terima kasih diucapkan kepada wartawan yang hadir ke sidang media ini dan membuat liputan serta laporan berkaitan isu ini.
Berikut adalah laporan surat khabar utama di negara berkaitan isu yang telah dibangkitkan tempoh hari;
- Laporan Sinar –> https://www.sinarharian.com.my/article/85658/EDISI/Perak/Peniaga-pasar-malam-rayu-kebenaran-beroperasi
- Laporan Berita Harian –> https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/05/694749/penjaja-minta-buka-pasar-malam
- Laporan Harian Metro –> https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/584410/peniaga-pasar-malam-kinta-rayu-dibenarkan-beroperasi
- Laporan Astro Awani –> http://www.astroawani.com/berita-malaysia/peniaga-pasar-malam-mohon-dibenar-beroperasi-akan-patuhi-sop-245543
- Laporan The Star –> https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/05/31/perak-night-market-traders-want-to-operate-again-promise-to-follow-all-sops-stringently
Alhamdulillah, pada hari ini operasi Pasar Malam telah dibenarkan beroperasi dengan syarat pematuhan SOP yang ketat. Semoga dipermudahkan.
Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan. “
En. Kudus Alie Novel Bin Mohamat Yunus
Naib Pengerusi PUBI Perak
KOMEN TERKINI