
INF0 – THERMOMIX, MESIN BERNILAI RM7,188 YANG JADI ‘MIMPI NGERI’ BUAT PARA SUAMI
Tidak semua orang mahir memasak seperti chef di restoran dan kadangkala tiada masa untuk masak berikutan sibuk dengan kerja di rumah. Bagaimana kalau kami katakan ada satu mesin yang boleh memudahkan anda untuk masak di rumah?
Thermomix, merupakan mesin mewah yang mampu menyediakan set makanan dalam satu masa yang sama. Walaupun anda tidak tahu masak masakan tersebut, anda hanya perlu gunakan resipi yang disediakan dan masukkan bahan-bahannya, kemudian mesin tersebut akan memasak untuk anda.
BACA LANJUT: Port Sarapan Pagi Di Ipoh Yang Berbaloi Untuk Kita Bangun Pagi (2020)
Tidak percaya? Terdapat beberapa perkongsian di Facebook yang telah menggunakan mesin Thermomix ini dan difahamkan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan chef selebriti Anis Nabilah turut menggunakan ia.
Difahamkan semalam kecoh di media sosial apabila tular mesin ini digunakan oleh Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan ramai yang mula membanjiri Facebook Thermomix Malaysia bertanya tentang harga mesin tersebut.
Menurut hasil tinjaun kami, mesin ini berharga RM7,188 sahaja dan anda boleh dapatkan di laman rasmi Thermomix atau berhubung melalui Facebook Thermomix Malaysia.
Bagi para suami pastinya mesin ini umpama mimpi ngeri buat mereka jika isteri minta beli mesin ini. Adakah anda berasa teringin untuk miliki mesin yang memudahkan kerja anda di dapur ini?
Sumber: The Vocket
KOMEN TERKINI