INFO – PORT SARAPAN PAGI DI IPOH YANG BERBALOI UNTUK KITA BANGUN PAGI (2020)
Ipoh sememangnya terkenal dengan keindahan dan keunikan bangunan-bangunan era kolonial yang menarik ramai pelancong ke sini.
Tapi bukan sebab itu je tau! Ipoh merupakan syurga makanan yang patut anda kunjungi. Ha, kalau dah sampai sini, korang kena try semua makanan yang best-best kat sini yang susah nak jumpa dekat tempat lain.
Untuk post kali ni, kami akan cerita dulu pasal port-port best untuk sarapan pagi di Ipoh. Jom!
PORT-PORT SARAPAN PAGI DI IPOH
- Suhaimi Cafe
- Restoran New Hollywood
- Mee Daud Mat Jasak
- Gazebo Abg Nash
- Old Town White Coffee (Grand), Ipoh
- Wan Mee Kari
- Salmah Kopitiam
- Restoran Kosiswa Riverside Ipoh
- Medan Selera Dataran Dato Sagor
- Greentown Dim Sum Café
- Canning Dim Sum
- Restoran Siti Khadijah
- Nelli’s Deli, Jalan Sultan Yusuf, Ipoh
- Restoran Halimah Bachik
- Sajian Gjee
Suhaimi Cafe
Lokasi: 57, Laluan Jelapang Selatan, Taman Kledang Permai, 30020 Ipoh
Suhaimi Café ni menyediakan menu hidangan ala kopitiam yang sangat best.
Dengan makanan signature mereka, Roti Benggali Cicas Kari Ayam, ditambah pulak dengan Roti Titab lepas tu, fuhh, memang sedap!
Restoran New Hollywood
Lokasi: Taman Canning, 31400 Ipoh
Ini antara tempat paling famous kalau nak sarapan pagi di Ipoh. Restoran New Hollywood ni ada banyak gila pilihan makanan yang korang kena cuba.
Tapi yang paling utama korang kena try adalah Chee Cheong Fun. Tapi harap bersabar ya, memang kena beratur.
Mee Daud Mat Jasak
Lokasi: No 1 &, 2, Jalan Dato Onn Jaafar, Kampung Jawa, 30300 Ipoh
Kedai Mee Daud Mat Jasak ni dah beroperasi sejak sekitar 1970-an lagi. Tak hairanlah kalau dia punya Mi Kicap dengan Mi Kari memang power.
Gazebo Abg Nash
Lokasi: 2, Lebuh Lapangan Siber 2, Taman Botani, 31350 Ipoh
Gazebo Abg Nash ni konsep dia santai je. Korang kena try makan Capati dengan kuah Sardin atau kuah daging dia. Peh, memang best!
Kat sini ada juga Mee Kari, Mee Kicap dan Bubur Nasi yang sememangnya popular dalam kalangan pengunjung.
Old Town White Coffee (Grand), Ipoh
Lokasi: 2, Hala Datuk 5, 31650 Menglembu, Ipoh
Eh, Old Town White Coffee pun ada dalam list? Haa, kalau korang nak tahu, Old Town White Coffee yang dekat Ipoh ni lain daripada yang lain.
Sebab tu dia ada tambah (Grand) dekat belakang nama dia. Apa yang lain? Ha, dia ada menu tambahan yang tiada di Old Town White Coffee yang lain. Kena try tau!
Wan Mee Kari
Lokasi: 12, Jalan Jelapang Selatan 1, Taman Keledang Jaya, 30100 Ipoh
Mee Kari yang rasanya ummph gilerr! Dia punya kari memang mantap. Sedap dan pekat.
Fish cake dan fish ball ni diorang yang buat sendiri tau. Dia punya banyak isi, memang tak kedekut.
Salmah Kopitiam
Lokasi: 92, Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Kalau nak cari Kacang Pool yang best dekat Ipoh ni, korang kena cuba Salamah Kopitiam.
Tapi bukan tu je tau, dia ada banyak lagi menu yang best-best macam Telur goyang, Laksa Johor, dan macam-macam lagi.
Owh satu lagi, jangan lupa try Teh Ais kat sini yang meleleh dari gelas.
Restoran Kosiswa Riverside Ipoh
Lokasi: No.21, Jalan Laxamana, 30300 Ipoh
Menu makanan best yang korang kena cuba dekat sini adalah Char Kuey Teaw. Memang lain daripada yang lain.
Lepas tu korang kena cuba pulak dia punya Lontong. Makan dengan nasi Impit, kuah kacang dengan sambal bilis. Peh!
Medan Selera Dataran Dato Sagor
Lokasi: Jalan Dato Sagor, 30000 Ipoh
Dataran Dato Sagor ni sebelah je dengan Masjid Negeri. Dengan kawasan yang memang cantik untuk korang ambik gambar, korang boleh jugak singgah makan sarapan dekat Medan Selera Dataran Dato Sagor ni.
Makanan famous yang korang kena cuba? Dia punya Telur goyang. Memang sedap!
Greentown Dim Sum Café
Lokasi: 10, Persiaran Greentown 4, Greentown Avenue, 30450 Ipoh
Untuk korang yang nak rasa sarapan pagi di Ipoh yang lain daripada yang lain, korang kena singgah di Greentown Dimsum Café.
Sesuai untuk sesiapa yang baru first time nak rasa Dimsum ni, boleh datang cuba dekat sini. Korang kena cuba Pyramid Dumpling dekat sini, popular tau. Dia punya Mee Wantan pun best.
Canning Dim Sum
Lokasi: 1, Lebuh Cecil Rae, Taman Canning, 31400 Ipoh
Selain daripada Green Town Dim Sum, satu lagi restoran Dim Sum yang popular adalah Canning Dim Sum. Awal pagi lagi dah bukak, sampailah tengah hari.
Makanan best yang korang kena cuba adalah Lau Sa Pau dengan 5 rasa iaitu telur asin, bijan hitam, teratai, coklat dan keladi.
Restoran Siti Khadijah
Lokasi: 5-G, Jln Meru Bestari B5, 31200 Ipoh
Tekak Melayu? Nak rasa makanan sarapan Melayu yang pure di Ipoh? Mai singgah Restoran Siti Khadijah. Walaupun menu dia macam biasa, tapi rasa dia memang sedap. Dekat sini kalau korang nak makan tengah hari pun best.
Nelli’s Deli, Jalan Sultan Yusuf, Ipoh
Lokasi: 101, Jalan Sultan Yusof, 31650 Ipoh
Hidangan signature di Nelli’s Deli adalah Nasi Lemak yang wajib korang cuba. Dengan ayam goreng yang besar, home-made nasi lemak, sambal udang dan sambal sotong yang cukup menyelerakan, rasanya pasti akan membuatkan korang terangkat, beb!
Restoran Halimah Bachik
Lokasi: 29, Regat Sri Cempaka, Taman Cempaka, 31400 Ipoh
Kalau nak tempat sarapan pagi di Ipoh yang best dengan harga yang sangat murah, inilah tempatnya. Makanan yang best korang patut rasa dekat sini adalah Roti Canai.
Kena datang cepat ya, bila dah nak tengah hari, kebiasaannyaa memang restoran ni akan sesak dengan pengunjung.
Sajian Gjee
Lokasi: 3, Jalan Meru Bistari A2, 30020 Ipoh
Dekat Restoran Sajian Gjee ni, korang kena cuba Roti Canai dan Nasi Lemak dia. Memang famous! Dekat sini jugak disediakan menu makanan tengah hari. Penuh dengan pelbagai lauk pauk, siap ada ulam-ulaman dengan sambal belacan.
Ipoh memang sebuah pekan yang best! Jom kita kongsi keunikan yang ada di bandaraya Ipoh ini akan menjadi pusat pelancongan yang tersohor di Negara kita. Insyallah..
Sumber: The Ipoh Guide
KOMEN TERKINI