Gambar – MalaysiaGazette

INFO – PANDUAN PERMOHONAN PULANG DARI KAMPUNG KE RUMAH SENDIRI (BERMULA PADA 25 APRIL 2020)

Kerajaan sangat mengambil berat dan sedia maklum hasrat rakyat Malaysia yang berada di kampung dan ingin pulang ke rumah masing-masing ekoran Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Kerajaan sejak bulan Mac yang lalu.

Sehubungan dengan itu, Menteri Pertahanan Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob di dalam sidang media yang telah diadakan di Putrajaya pada hari ini telah membuat pengumuman bahawa rakyat yang berada di kampung dan ingin pulang ke kediaman masing-masing perlu membuat permohonan dan pendaftaran kepada polis bermula 25 April ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata permohonan itu boleh dibuat melalui dalam talian atau di balai polis berhampiran.

BACA LANJUT : Terbaru – Permohonan Pergerakkan Antara Negeri Semasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) Untuk Tujuan Dibenarkan | Kemaskini 25 April 2020

Bagaimanapun, kebenaran untuk membenarkan mereka pulang masih di peringkat kajian dengan nasihat oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Mereka boleh mula melaporkan kepada polis melalui online, iaitu melalui aplikasi Gerak Malaysia yang mana ini kolaborasi antara polis dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mulai 25 April nanti.

Bagi mereka yang tiada kemudahan telefon pintar dan sebagainya, permohonan boleh dibuat di balai polis berhampiran namun perlu membuat temu janji terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan di balai polis,”

Katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini “

PANDUAN PERMOHONAN PULANG DARI KAMPUNG KE RUMAH SENDIRI (BERMULA PADA 25 APRIL 2020)

Orang awam boleh membuat permohonan melalui kaedah berikut;

Permohonan atas talian :
Muat turun aplikasi GerakMalaysia

atau anda juga boleh memohon melalui kaedah di bawah ini;

Permohonan di balai polis (Bagi yang tiada telefon pintar)
1. Anda perlu hubungi balai polis berdekatan untuk membuat temujanji terlebih dahulu.
2. Hadir ke balai polis mengikut tarikh temujanji yang diberi dan memohon kebenaran pulang ke rumah sendiri

Walaubagaimanapun, kerajaan akan meneliti terlebih dahulu setiap permohonan dan jika dibenarkan, pergerakan dijangka bermula 1 Mei ini.

Panduan ini juga boleh didapati di laman facebook Malaysia Government Call Centre.

Permohonan Bergerak Dari Kampung Mulai 25 April –>

Semoga dengan pengumuman ini akan memudahkan urusan rakyat Malaysia bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan ini di dalam masa yang sama mampu menyekat penularan wabak Covid-19 yang sangat berbahaya ini.

Sumber: Facebook Malaysia Government Call Centre