SEBUT SAHAJA AYAM BRAND SIAPA YANG TIDAK KENAL KAN? MESTI SEMUA TERBAYANG KELAZATAN SARTIN YANG DI MASAK DARI DALAM TIN BUKAN?

Baru-baru ini telah viral dari sebuah page iaitu France in Malaysia yang membuat posting yang mendakwa bahawa Ayam Brand berasal daripada Negara Perancis dan mendapat pelbagai reaksi netizen yang memberi palbagai komen dan pandangan mereka sendiri.

Ini sangat menarik perhatian PUBI Perak sehingga kami terpanggil untuk membuat sedikit kajian terhadap jenama ini dan hasil kajian kami mendapati Ayam Brand bukan jenama yang dilahirkan di Negara Perancis, sebaliknya ia adalah syarikat memproses makanan yang telah ditubuhkan di Singapura pada tahun 1892 oleh seorang warganegara Perancis yang bernama Alfred Clouet.

SEJARAH AYAM BRAND

Alfred Clouet, seorang warganegara Perancis telah mengasaskan Ayam Brand pada tahun 1892 di Singapura, yang mana pada waktu itu merupakan sebahagian daripada British Malaya. Perniagaan memfokuskan pada membekalkan makanan kepada kakitangan penjajah selain bahan binaan. Jenama makanan ini dicipta bagi menandakan mohor kualiti kerana makanan bertin dianggap sebagai barangan mewah, dan sukar diperolehi oleh rakyat biasa di tepi jalan. Clouet mengambil ayam jantan sebagai logo jenama. Nama jenama ini diberi oleh peniaga dan pengguna tempatan, apabila mereka mula merujuk sardin atau salmon bertin sebagai « Ayam Brand ».

Logo Ayam Brand yang digunakan sejak dari tahun 1892

Pada tahun 1954, syarikat ini dibeli oleh Kumpulan Syarikat Denis Frères. Nama pengasas masih boleh didapati pada beberapa nama syarikat pengedaran seperti : A.Clouet & Co. (KL) Sdn. Bhd. untuk Malaysia, Clouet Trading Pte. Ltd. untuk Singapore or A. Clouet (Australia) Pty. Ltd. untuk Australia – New Zealand. Pemilik tunggal Ayam Brand adalah sebuah syarikat yang dikenali sebagai Ayam S.A.R.L.

Ayam Brand merupakan sebuah syarikat yang aktif di Semenanjung Tanah Melayu pada kurun ke-19 dan separuh pertama kurun ke-20. Produk jenama ini mula diedarkan keluar bermula pada tahun 1950-an. Ayam Brand merupakan peneraju jenama di pasaran Asia seperti Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Hong Kong untuk produk pasaran massa seperti sardin, tuna, kelapa atau kacang panggang, sementara Ayam adalah jenama untuk bahan-bahan masakan di pasaran masakan Asia seperti Australia, New Zealand, Perancis dan United Kingdom.

Kini Ayam Brand mengeluarkan lebih daripada 60 juta tin makanan setahun dan menggaji sekitar 1,000 orang pekerja. Produk utamanya adalah ikan yang ditinkan (sardin, mackerel, tuna), bahan-bahan Asia (kelapa, sos dan pes Asia), buah-buahan dan sayuran tin, terutamanya kacang panggang.

Pada tahun 2007, satu tinjauan pengguna yang dilakukan oleh Synovate meletakkan Ayam Brand pada kedudukan ke-197 jenama di Asia, di atas nama-nama yang terkenal sperti Nissan, L’Oréal, Heinz, atau American Express.

Baca juga artikel 'Penyakit 5m Usahawan Mesti Elak'

AYAM BRAND RAIKAN 125 TAHUN SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA KELUARGA MALAYSIA

Pada tahun lalu,  Ayam Brand telah menyambut ulang tahunnya yang ke-125 sebagai sebahagian daripada rantau Asia Tenggara terutamanya Malaysia, syarikat ini telah mengumumkan pelancaran tema “Kami prihatin, kita adalah sekeluarga” (“We Care, We Are Family”) bagi meraikan tanda aras satu suku abadnya itu.

Ayam Brand™ yang dikenali dengan logo Ayam itu ditubuhkan pada 1892 dan ia merupakan antara syarikat tertua di Asia yang terus mengeluarkan jenama-jenama barangan pengguna di benua ini. Syarikat ini memiliki pejabat di Malaysia, Singapore, Hong Kong, Thailand, Australia, China, Perancis dan Jepun yang mana hasil keluarannnya boleh diperoleh di lebih 30 negara.

Ayam Brand kini jauh lebih maju sejak penubuhannnya sebagai pakar sardin dan mackerel.

Jenama terkemuka ini terkenal dengan produk-produk berkualiti tinggi, tidak menggunakan pengawet mahupun MSG. Ia merupakan produk pilihan bagi kebanyakan keluarga di rantau Asia Tenggara.

Ramai dalam kalangan kita membesar dengan sardin dalam tin merah kuning Ayam Brand yang terkenal sebagai hidangan segera yang mengenyangkan dan menjadi kegemaran ramai untuk dijadikan sebagai sanwic atau puf untuk dimakan ketika majlis keraian serta perkelahan.

Ayam Brand kini jauh lebih maju sejak penubuhannnya sebagai pakar sardin dan mackerel. Ia kini memiliki rantaian produk yang meliputi tuna, sotong, santan, kacang panggang, kacang pea, buah-buahan serta pencuci mulut yang boleh didapati di 300 store keeping unit (SKU) gabungan diseluruh rantau ini dan dalam masa sama masih dikenali ramai dengan produk-produk sardin dan mackerel.

Pengalaman selama 125 tahun memberikan Ayam Brand kefahaman yang keluarganya mahukan hidangan yang boleh terus dimakan; mudah disediakan; lazat; tanpa perisa tambahan mahupun MSG. Inilah sebab mengapa rakyat Malaysia memilih Ayam Brand untuk dijadikan hidangan harian dan keraian khas dengan memilih untuk menggunakan resipi keluarga ataupun pustaka resipi meluas jenama ini yang disediakan dalam bentuk video, dalam talian dan bercetak.

Produk-produk Ayam Brand telah disahkan halal oleh JAKIM untuk memberikan ketenangan untuk memakannya.

Ayam Brand kekal terkini, segar dan menggembira generasi demi generasi peminatnya. Sebagai pendahulu pasaran, jenama ini menjalankan usaha berterusan untuk menyediakan pilihan sihat dengan mengurangkan kandungan gula, garam dan lemak melalui rangkaian “Lite” yang merupakan varian pilihan organik yang pesat berkembang yang sesuai dengan pelbagai citarasa dalam kalangan kurang pedas hingga sangat pedas serta sentiasa berinovasi dalam pembungkusannya.

Malaysia sejak ia dikenali sebagai Persekutuan Negeri-negeri Melayu telah menjadi tempat asal Ayam Brand, malah, nama Ayam itu juga diambil daripada perkataan Melayu. Rakyat Malaysia telah membesar dengan Ayam Brand sejak lima generasi menjadikan Ayam Brand sebahagian daripada keluarga mereka sejak sekian lama.

Ayam Brand bukan sahaja berjaya memenangi hati rakyat Malaysia, tetapi juga pelbagai anugerah unggul sejak sekian lama. Jenama ini telah dinobatkan sebagai salah satu 10 jenama FMCG paling digemari di Malaysia untuk tiga tahun berturut-turut iaitu 2013, 2014 dan 2015 dalam Kajian Kesan Jenama Kantar World panel.

Baca juga artikel 'Rahsia Kejayaan Dunkin's Donuts'