PUBI PERAK DAN KOPUBI PERAK BHD MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT MA’AL HIJRAH 1441H KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan rahmat dan hidayahNya dapatlah kita bersama-sama menyambut Maal Hijrah bagi tahun 1441 Hijrah ini.
Sambutan kali ini diberi tema ‘Negara Rahmah Ummah Sejahtera’ bermaksud Islam adalah agama rahmah yang mengajak manusia saling hormat menghormati, berkasih sayang, bertoleransi, saling memaafkan serta bersifat belas kasihan.
Untuk mencapai redho Allah dalam mendapatkan rahmat dari-Nya, pelbagai perkara kita perlu ambil kira untuk kita perbaiki sama ada hubungan kita dengan Allah SWT, sesama kita umat Islam dan juga sesama rakan kita yang bukan Islam.
Tunaikan hak yang sepatutnya kita tunaikan dan berhijrahlah kita kearah yang lebih baik. InsyaAllah, manis akan berpanjangan terasa.
Salam Maal Hijrah 1441H dari kami ,
AJK PUBI Perak & ALK KOPUBI Perak Bhd
KOMEN TERKINI