TAHNIAH PASUKAN HARIMAU MALAYA DAN TERIMA KASIH MALAYSIA!
Terima kasih diucapkan kepada semua penyokong pasukan bola sepak Malaysia terutama Ultras Malaya yang telah hadir beramai-ramai ke Stadium Nasional, Bukit Jalil bagi memberikan sokongan padu buat skuad Harimau Malaya serta seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kejayaan pasukan negara.
Tahniah juga buat ketua jurulatih Tan Cheng Hoe, para pemain skuad Harimau Malaya serta barisan kejurulatihan dan pegawai kerana telah berjaya membawa Malaysia melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2018 dan diharap mereka semua terus fokus serta lebih bersedia bagi menghadapi aksi seterusnya pada Sabtu, 1 Disember 2018 (home) dan Rabu, 5 Disember 2018 (away).
Semoga kejayaan milik kita semua..
Insyallah..
Suasana di Stadium Bukit Jalil malam tadi! Tahniah Harimau Malaya tumpaskan Myanmar 3-0 seterusnya melayakkan diri ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2018.
Terus maju ke hadapan!
KOMEN TERKINI