KURSUS KEUSAHAWANAN; ‘TEKNIK JUALAN & PEMASARAN BERKESAN’ ANJURAN BERSAMA PUBI PERAK DAN OPEN UNIVERSITY MALAYSIA NEGERI PERAK
Pada 17hb November 2018 yang lalu, PUBI Perak sekali lagi dengan kerjasama OUM Perak akan menganjurkan sebuah Kursus Keusahawan yang bertajuk ‘TEKNIK JUALAN & PEMASARAN BERKESAN’.
Kursus ini telah dihadiri oleh hampir 40 orang usahawan yang telah menjalankan perniagaan masing-masing dan ada juga usahawan yang baru menceburi bidang perniagaan.
Program ini telah dimulakan ucapan pembukaan oleh En. Sharul selaku Pengerusi PUBI Perak dan diikuti oleh ucapan alu-aluan oleh wakil OUM Perak iaitu En. Shah.
Tidak ketingalan juga Timbalan Pengerusi PUBI Perak iaitu En. Nor Adzman Nali juga ada membuat perkongsian istimewa.
Di samping itu PUBI Perak dan OUM Perak juga akan menjemput penceramah khas dari Ibu Negara Kuala Lumpur iaitu Pn. Rofbaniah Hamzah dari Syarikat ADIMEGA Sdn. Bhd. yang akan berkongsi teknik dan tips teknik jualan dan pemasaraan yang berkesan secara offline.
Pada kursus ini, penceramah telah berkongsi pengalaman serta membimbing perserta tentang asas perniagaan yang perlu mereka tekankan.
Beliau juga menekankan kepentingan asas pengetahuan tentang perniagaan agar mudah untuk semua usahawan memperbesarkan perniagaan mereka disamping berkongsi teknik di dalam merancang kos perniagaan mereka serta pengiraan dengan lebih jelas bagi memastikan perniagaan mereka menguntungkan dengan target market yang berkesan.
PeNceramah juga berkongsi pengalaman bagaimana untuk mengenal pasti cara membina pelan pemasaran yang lebih berkesan untuk jangka masa panjang dan jangka masa pendek.
Semoga dengan berlangsungnya kursus anjuran bersama PUBI Perak dan OUM Perak ini akan memberi impak yang besar kepada peserta yang hadir untuk lebih maju pada masa hadapan.
Insyalllah..
Untuk melihat Photo program ini sila klik →
KOMEN TERKINI