PERAK UMUM PAKEJ RANGSANGAN KEDUA LEBIH RM71 JUTA

TERKINI – PERAK UMUM PAKEJ RANGSANGAN KEDUA LEBIH RM71 JUTA

IPOH – Kerajaan Perak hari ini mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Fasa Kedua (PRE 2) bernilai RM71,171,820 membabitkan pelbagai sektor seperti perniagaan, pertanian dan pelancongan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pengumuman itu menjadikan jumlah keseluruhan pakej rangsangan ekonomi negeri itu melebihi RM100 juta.

Menurutnya, pakej rangsangan ekonomi kali ini memberikan lebih penumpuan kepada usaha membantu masyarakat perniagaan di negeri ini khususnya pengusaha mikro dalam kategori perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Baca Lanjut

BANTUAN KHAS UNTUK GOLONGAN SASAR YANG TERKESAN AKIBAT WABAK COVID-19

TERKINI – BANTUAN KHAS UNTUK GOLONGAN SASAR YANG TERKESAN AKIBAT WABAK COVID-19

Prihatin dengan kesan penularan wabak Covid-19, MB Peja dalam perutusan khas hari ini, telah umumkan beberapa inisiatif untuk mengurangkan beban rakyat dari golongan sasar di negeri Perak.

Antaranya adalah;

Baca Lanjut

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DI ATAS PELANTIKKAN SEBAGAI MENTERI BESAR NEGERI PERAK YANG KE-13

SELURUH ANGGOTA KABINET KUMPULAN PUBI DAN AHLI DI BAWAH NAUNGAN MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI AHMAD FAIZAL BIN DATO’ HAJI AZUMU

Atas pelantikkan sebagai Menteri Besar Negeri Perak yang ke-13.
Selamat menjalankan tugas dan semoga dapat menjalankan amanah dengan penuh bertanggungjawab.

‘Semoga Negeri Perak Darul Ridzuan akan bertambah maju dan aman makmur di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta mampu menjadi sebuah negeri contoh di dalam membela nasib rakyat jelata terutamanya golongan usahawan di Negeri Perak ini.’

Insyallah..

Ikhlas Daripada,
Seluruh Anggota Kabinet dan Ahli di bawah naungan Kumpulan PUBI


SELAMAT MENUNAIKAN HAJI YAB MENTERI BESAR PERAK

PUBI PERAK DAN KOPUBI PERAK BHD MENGUCAPKAN SELAMAT MENUNAIKAN HAJI KEPADA YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR PERAK

Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu

Tidak lupa ucapan selamat menunaikan haji kepada seluruh jemaah Haji Malaysia di Tanah Suci. Semoga memperoleh Haji Mabrur dan diperkenankan segalanya oleh Allah SWT serta dipermudah segala urusan. Insyallah

Daripada,
AJK PUBI Perak & ALK KOPUBI Perak Bhd