PERAK BENAR OPERASI PASAR MALAM SECARA BERPERINGKAT

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu | Gambar – Sinar Harian

TERKINI: PERAK BENAR OPERASI PASAR MALAM SECARA BERPERINGKAT

IPOH – Kerajaan Perak membenarkan pembukaan pasar terbuka seperti pasar pagi, pasar malam, pasar tani dan bazar ria di negeri ini secara berperingkat bermula 15 Jun ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pembukaan pasar terbuka itu dibuat secara berperingkat mengikut kemampuan pihak berkuasa tempatan (PBT) setelah berbincang dengan persatuan penjaja yang menguruskan pasar-pasar terbuka ini.

Menurutnya, kerajaan negeri amat menitikberat semua prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan Persekutuan bagi pasar-pasar berkenaan.

Baca Lanjut

MB PERAK ZAHIR PENGHARGAAN ATAS KEBERANIAN GURU SELAMATKAN EMPAT REMAJA HANYUT

TERKINI: MB PERAK ZAHIR PENGHARGAAN ATAS KEBERANIAN GURU SELAMATKAN EMPAT REMAJA HANYUT

Kerajaan Perak menzahirkan penghargaan kepada seorang guru yang mempertaruhkan nyawa menyelamatkan empat remaja perempuan yang hanyut setelah kereta mereka terhumban ke dalam tali air di Kampung Teluk Sena, Kampung Gajah pada Rabu lalu.

Video tindakan berani Muhammad Nor Imran Maula Abd Jalil yang juga seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama Rakyat Parit 25 Baroh, Tanjung Bayan, Hutan Melintang tular di media sosial selepas berjaya menyelamatkan kesemua mangsa.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kerajaan negeri turut akan mempertimbangkan sumbangan khas kepada Muhammad Nor Imran atas keberaniannya itu.

Baca Lanjut

SENARAI PORTFOLIO AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

SENARAI PORTFOLIO AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Berikut adalah Kenyataan media YAB Menteri Besar Perak berkenaan Pengumuman Portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak;

Baca Lanjut