NAK MULA UBAH BISNES KE ARAH DIGITAL? INI PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU

Dalam era globalisasi ini, teknologi digital telah menjadi satu keperluan untuk para usahawan. Walaupun begitu, ramai yang menghadapi kekangan dari segi masa, kemahiran dan kewangan untuk berubah ke arah pendigitalan ini. Mana tidaknya, zaman sekarang ramai pelanggan sudah tidak membawa tunai dan lebih selesa untuk melakukan transaksi secara digital.

Usahawan-usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), sektor-sektor korporat dan awam sangat digalakkan untuk beralih ke arah teknologi digital. Pada masa kini, teknologi digital memainkan peranan yang penting dalam konteks perniagaan. Dalam kata lain, kita hanya akan menemui jalan mati apabila gagal beradaptasi.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Cara Simpan Duit ASB Online Tanpa Ke Kaunter. Mudah & Cepat!

Bagi memudahkan proses adaptasi ke dunia digital, seterusnya mengembangkan dan memudahkan urusan perniagaan, Celcom Business boleh membantu anda. Celcom Business dapat membantu usahawan-usahawan PKS, sebagai rakan kongsi yang dipercayai dalam usaha membina laluan digital untuk perniagaan. Memastikan para usahawan terus maju ke hadapan, Celcom Business turut memberikan inspirasi supaya perniagaan berkembang dan berdaya saing.

Dalam membantu memajukan perniagaan melalui pendigitalan dan beralih ke arah transformasi pendigitalan, Celcom Business memperkenalkan beberapa solusi perniagaan yang bertujuan menghubungkan masyarakat tidak kira di mana mereka berada. Seterusnya, membantu menghubungkan pelbagai lokasi dengan solusi Talian Tetap, menghubungkan mesin dengan solusi IoT dan melindungi data dengan solusi Keselamatan Siber.

1. CAPAIAN KEPADA LEBIH RAMAI PELANGGAN BERPOTENSI

Bagi usahawan-usahawan mikro, teknologi digital ini mungkin masih baharu dan rumit. Justeru, Celcom Business berperanan membantu para usahawan memahami dan mengaplikasi teknologi digital ke dalam perniagaan. Urusan menghubungi pelanggan menjadi lebih mudah dengan fungsi SMS pukal dan pengiklanan berasaskan lokasi. Luaskan capaian anda kepada pelanggan dan nikmati kemudahan penghantaran mesej secara pukal bagi menghebahkan info perniagaan dan promosi. Kemudahan ini sekali gus memudahkan pemantauan kerja dan membantu usahawan menjadi lebih cekap dan efisien.

2. MELANCARKAN PROSES TRANSAKSI TANPA TUNAI 

Tidak dinafikan, pasca-Covid-19, semakin ramai pengguna yang selesa melakukan transaksi tanpa tunai di premis, apatah lagi perniagaan atas talian. Mahu ataupun tidak, para usahawan PKS tidak harus ketinggalan. Pengadaptasian sepantas mungkin perlu dibuat dan dimasukkan dalam agenda perniagaan. Dengan kecekapan, produktiviti dan keselamatan yang dipertingkat, para usahawan tidak perlu bimbang untuk mengambil langkah pertama dalam pendigitalan perniagaan masing-masing. Kini, anda boleh memantau perjalanan transaksi harian melalui telefon pintar sahaja. Semestinya, dengan capaian talian internet yang lebih lancar, laju dan stabil.

3. HUBUNGKAN SEMUA MAKLUMAT DALAM SATU SISTEM JARINGAN

IoT, Internet of Things, satu lagi perkara yang tidak harus diabaikan oleh para peniaga PKS. Hubungkan segala peranti dan mesin yang ada di premis perniagaan anda dalam satu sistem melalui kemudahan IoT. Kemudian, pantau semuanya melalui telefon anda; stok barang, kehadiran pekerja, mahupun sistem kawalan keselamatan premis. Mudah sangat!

Dalam kata lain, naikkan taraf anda perlahan-lahan dengan menjadi pemilik perniagaan yang dapat memantau perjalanan bisnes menggunakan bantuan teknologi digital sekalipun anda tidak dapat berada di lokasi. 

Secara keseluruhannya, bisnes ke arah digital ini dapat membantu dalam usaha mengembangkan syarikat melalui pendigitalan perniagaan para usahawan serta mampu menjadi syarikat yang berdaya saing mengikut perkembangan teknologi semasa.

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD