SUPERB TERAJU: GERAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN HINGGA RM500,000

INFO: SUPERB TERAJU – GERAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN HINGGA RM500,000

Usahawan permulaan Bumiputera kini boleh memohon geran pembangunan perniagaan melalui Program SUPERB yang dilaksanakan bawah agensi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

TERAJU ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai organisasi strategik yang berperanan untuk menerajui, menyelaras dan memacu Agenda Bumiputera bertujuan meningkatkan penguasaan Bumiputera dalam ekonomi negara.

Salah satu program utama yang dilaksanakan oleh TERAJU iaitu SUPERB yang bertujuan untuk mengenalpasti usahawan permulaan Bumiputera yang berdaya saing dan menerapkan amalan kreatif dan inovatif dalam penghasilan produk dan perniagaaan mereka.

Baca Lanjut

PERMOHONAN BSC: PEMBIAYAAN RANTAIAN BEKALAN SEHINGGA RM5 JUTA

INFO: PERMOHONAN BSC – PEMBIAYAAN RANTAIAN BEKALAN SEHINGGA RM5 JUTA

Usahawan Bumiputera yang ingin mengembangkan perniagaan sebagai pembekal kini boleh memohon pembiayaan melalui Dana Rantaian Bekalan Bumiputera (BSC).

BSC ialah pembiayaan yang diwujudkan oleh SME Bank dengan kerjasama TERAJU yang bertujuan untuk membangunkan jaringan pembekal di kalangan PKS Bumiputera sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Agenda Bumiputera yang diterajui oleh TERAJU.

Pelaksanaan program ini dijangka dapat membantu usahawan Bumiputera mengembangkan perniagaan dan menjadikan pembekal PKS Bumiputera lebih berdaya saing.

Baca Lanjut