PERJUMPAAN BULANAN STAF KOPUBI PERAK BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 14hb Feb 2022 yang lalu telah berlangsung satu Perjumpaan Bulanan Staf Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) Bilangan bertempat di Pejabat Urusan Perkhidmatan Penghantaran Ekspress yang dimiliki oleh KOPUBI Perak Bhd di Bandar Seri Iskandar Perak.

Perjumpaan bulanan ini diadakan secara bulanan bagi menyeragamkan serta memantapkan operasi perniagaan yang dijalankan serta dimiliki oleh KOPUBI Perak Bhd.

Untuk makluman semua, ini adalah perjumpaan rutin yang akan diadakan oleh En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Koperasi serta dihadiri oleh 4 orang staf KOPUBI yang terdiri daripada Pn Amira, selaku Pembantu Penyelia Koperasi, En Zai selaku Pembantu Tadbir Koperasi, Cik Aisyah dan En Hazmi selaku Pembantu Khidmatan Pelanggan Koperasi.

Baca Lanjut