
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Sepanjang bulan Ogos 2025, Team MAAB KOPUBI Perak Bhd yang terdiri daripada Pengurus Kumpulan, Pengurus Pemasaran dan Wakil Pemasaran telah melaksanakan beberapa siri aktiviti pemasaran yang berfokuskan kepada pembangunan produk dan perkhidmatan di bawah jenama MAAB.
Aktiviti ini dijalankan bukan sahaja untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat, tetapi juga sebagai usaha untuk memperkukuhkan peranan koperasi dalam menjana ekonomi setempat.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah pendaftaran pelanggan bagi produk perkhidmatan MyPusaka, MyHibah Hartanah dan MyWasiat.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Perbarisan Dan Perarakan Hari Kebangsaan Ke-68 Tahun 2025
Pendaftaran ini membuktikan penerimaan yang positif daripada masyarakat terhadap produk-produk yang ditawarkan. Selain dapat memberi manfaat kepada pengguna dari sudut perancangan harta dan masa depan, ia juga menjadi sumber pendapatan baharu kepada koperasi.
Usaha ini secara langsung memperkukuh kedudukan koperasi dalam menyediakan perkhidmatan yang relevan dengan keperluan semasa masyarakat.
Selain itu, aktiviti Business Opportunity Presentation (BOP) turut dilaksanakan bagi memberi pendedahan tentang peluang keusahawanan dan perniagaan kepada masyarakat setempat.
Melalui aktiviti ini, koperasi berjaya membuka ruang kepada lebih ramai pihak untuk memahami peranan KOPUBI dalam melahirkan usahawan berdaya saing, sekali gus meningkatkan potensi pendapatan koperasi serta memperkukuhkan ekosistem ekonomi di negeri Perak.
Manakala, Kelas Teknikal telah dikendalikan oleh En. Sharul Baha bin Abd Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd merangkap Setiausaha ANGKASA Negeri Perak.
Kelas ini memberi tumpuan kepada penerangan teknikal produk serta pengukuhan kefahaman dalam kalangan ahli dan wakil pemasaran.

Ia bukan sahaja meningkatkan keupayaan pasukan dalam melaksanakan tugasan pemasaran, malah secara tidak langsung memupuk semangat kebersamaan dalam gerakan koperasi negeri Perak.
Di samping itu, satu program perkongsian pengalaman telah disampaikan oleh Pn. Hjh Salwa binti Taib.
Program ini memberi nilai tambah kepada pasukan dengan perkongsian ilmu, pengalaman dan motivasi yang amat berguna dalam membina keyakinan serta semangat juang dalam kalangan wakil pemasaran.
Perkongsian ini secara langsung membantu meningkatkan tahap profesionalisme dan komitmen pasukan dalam mendukung misi koperasi untuk terus maju dan berdaya saing.
Secara keseluruhannya, aktiviti pemasaran yang dilaksanakan sepanjang bulan Ogos 2025 ini telah berjaya mencapai objektif dalam memperkenalkan produk, memperkukuhkan gerakan koperasi serta menambah potensi pendapatan koperasi.
Diharapkan, dengan kesinambungan usaha ini, KOPUBI Perak Bhd bersama Team MAAB akan terus memperluaskan capaian pemasaran, meningkatkan lagi kepercayaan masyarakat terhadap produk koperasi, dan seterusnya memperkukuhkan peranan koperasi sebagai pemacu ekonomi di negeri Perak.
#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MyANGKASAAmanahBerhad #MAAB #GerakanKoperasi #KejayaanBersama



KOMEN TERKINI