
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 26hb Jun 2020 yang lalu KOPUBI Perak Bhd telah memeterai Perjanjian Kerjasama & Persefahaman di antara KOPUBI Perak Bhd dan syarikat J-Wan Elektrik Sdn Bhd.
Syarikat ini adalah salah sebuah syarikat kontraktor bumiputera yang menjalankan kerja-kerja elektrikal dan pembekalan bagi agensi-agensi kerajaan terutamanya di Negeri Perak ini.
Melalui perjanjian usahasama ini, pihak KOPUBI akan menyediakan dana dalam bentuk modal pusingan bagi tender-tender ataupun kontrak kerajaan yang terpilih serta mendatangkan keuntungan yang setara.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI