KUARANTIN DI HOTEL 5 BINTANG IBARAT ‘PENJARA TANPA KAD KUNCI’, KATA WANITA

Gambar Hiasan (Google)

KISAH KEHIDUPAN – KUARANTIN DI HOTEL 5 BINTANG IBARAT ‘PENJARA TANPA KAD KUNCI’, KATA WANITA

PETALING JAYA: Bagi kebanyakan orang, gambaran dikuarantin selama 2 minggu di hotel bertaraf 5 bintang menimbulkan imej santai sambil memakai jubah mandi, dengan pelayan membawa teh dan kuih-muih dalam dulang ke bilik yang dihampar permaidani tebal.

Tetapi bagi Alice, 36, yang dikuarantin di salah satu hotel mewah itu sebaik tiba dari London, mengatakan keadaan sebenar sama sekali tidak seperti yang dibayangkan.

Bilik seluas 291 kaki persegi itu dirasakan seperti “penjara tanpa kad kunci”, katanya kepada FMT.

Baca Lanjut

416 WARGA ASING POSITIF COVID-19


Sebanyak 416 kes positif Covid-19 di negara ini adalah rakyat asing | Gambar – Sinar

TERKINI – 416 WARGA ASING POSITIF COVID-19

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesan 416 kes positif Covid-19 dalam kalangan warga asing di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu termasuk dua kes kematian dilaporkan sebelum ini.

“Daripada jumlah tersebut, 51 kes terdiri daripada warga Indonesia, India (37 kes), Myanmar (31 kes), Pakistan (29 kes) dan Filipina (27 kes),” katanya pada sidang media perkembangan semasa kes Covid-19 di KKM di sini hari ini.

Baca Lanjut

COVID-19: KELUARGA ‘TIKTOK’ KINI SEMBUH

COVID-19: KELUARGA ‘TIKTOK’ KINI SEMBUH

KUALA LUMPUR, 5 April — Keluarga Doktor Pakar dan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Teluk Intan, Perak, Dr Samsu Ambia Ismail yang sebelum ini positif COVID-19, kini disahkan telah sembuh.

Berita gembira itu dikongsikan anak sulung keluarga itu, Erika Syamim Samsu Ambia, 17, di laman Twitter malam ini.

Dalam satu kiriman, beliau berkongsi sekeping foto mereka sekeluarga dengan kapsyen “Finally COVID free!!”

Baca Lanjut

JOM KITA DOAKAN SATU FAMILY INI SEMBUH DARIPADA COVID-19

KISAH KEHIDUPAN – JOM KITA DOAKAN SATU FAMILY INI SEMBUH DARIPADA COVID-19

Pada 25hb Mac 2020 yang lalu, Hospital Teluk Intan telah diarahkan tutup oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tujuan pembersihan susulan 37 orang petugas kesihatan di hospital itu positif koronavirus baharu (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pada sidang media bahawa hospital tersebut ditutup buat sementara waktu dan hanya Jabatan Kecemasan hospital itu beroperasi di bangunan Unit Pesakit Luar.

Katanya, hospital itu akan dibuka semula selepas pembersihan dijalankan dan pihaknya akan menyelaras doktor serta jururawat daripada hospital lain untuk membantu HTI.

Baca Lanjut