KISAH KEHIDUPAN – KUARANTIN DI HOTEL 5 BINTANG IBARAT ‘PENJARA TANPA KAD KUNCI’, KATA WANITA
PETALING JAYA: Bagi kebanyakan orang, gambaran dikuarantin selama 2 minggu di hotel bertaraf 5 bintang menimbulkan imej santai sambil memakai jubah mandi, dengan pelayan membawa teh dan kuih-muih dalam dulang ke bilik yang dihampar permaidani tebal.
Tetapi bagi Alice, 36, yang dikuarantin di salah satu hotel mewah itu sebaik tiba dari London, mengatakan keadaan sebenar sama sekali tidak seperti yang dibayangkan.
Bilik seluas 291 kaki persegi itu dirasakan seperti “penjara tanpa kad kunci”, katanya kepada FMT.
Covid-19: Wanita 23 Tahun Korban Termuda Malaysia –>
Beberapa jam kemudian, sebuah bas dari jabatan penjara tiba untuk membawa dia dan 25 orang lain ke hotel. Di sana, mereka berjalan melepasi askar bersenjata di ruang legar sebelum dibawa ke bilik masing-masing.
“Saya harap mereka benarkan kami berjalan di koridor dari semasa ke semasa, supaya kami dapat melakukan sedikit senaman,” katanya.
Makanan yang disediakan tidak menyelerakan, kata Alice, menggambarkan sayur-sayuran yang terkulai dan potongan buah-buahan dalam tin. Sementara minuman pula, Alice diberi 7 botol air minuman kecil. Katanya, pegawai kerajaan memberitahu ia akan ditambah seminggu sekali.
416 Warga Asing Positif Covid-19 –>
HARI KETIGA SAYA SUDAH TIDAK TAHAN..
“Bilik tidak besar dan anda tidak banyak berjalan. Saya tidak boleh memesan perkhidmatan bilik, dan saya sangat ‘jet lag’ (gangguan ritma harian).
“Ini hari ke-3 dan saya hampir tidak dapat bertahan,” katanya kepada FMT melalui telefon semalam.
Alice pulang ke Malaysia kerana tiada keluarga di UK dan bapanya bimbang tentang peningkatan jumlah kes di sana.
Dia juga mahu bersama ayahnya yang berusia 71 tahun.
Tetapi Alice masih mempunyai 2 1/2 minggu lagi sebelum dapat bersatu dengan bapanya, dan katannya tidak banyak yang boleh dibuat apabila hanya berkurung dalam bilik hotel.
Covid-19: Amerika Catat Hampir 2000 Kematian Sehari, Kematian Tertinggi Dalam 24 Jam –>
“Dengan hanya 5 saluran di TV, kebanyakannya saluran berita yang berterusan melaporkan mengenai koronavirus, saya fikir saya akan murung.”
Rakyat yang pulang dari luar negara mesti ditempatkan di pusat kuarantin selama 14 hari sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membendung penyebaran Covid-19.
Pusat-pusat ini termasuk hotel mewah seperti Hilton dan Sheraton.
Kerajaan pusat menyediakan peruntukan sebanyak RM150 bagi setiap individu untuk makanan dan penginapan.
Sumber : Portal Free Malaysia Today
KOMEN TERKINI