KENYATAAN MEDIA PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK (PUBI PERAK) BERKAITAN INISIATIF BANTUAN KHAS KERAJAAN NEGERI PERAK SUSULAN WABAK COVID-19
20HB MAC 2020
Merujuk kepada Inisiatif Bantuan Khas Kerajaan Negeri Perak Susulan Wabak Covis-19 yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Hj. Dato’ Azumu pada 18hb Mac 2020 yang lalu.
Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak) ingin mengesa Yang Amat
Berhormat Menteri Besar supaya melanjutkan bantuan one off sebanyak RM500 tersebut
kepada peniaga Pasar Malam dan Pasar Tani yang tidak berdaftar dengan PBT
tetapi berdaftar dengan mana-mana persatuan Peniaga atau Usahawan di Negeri Perak
ini.
Merujuk kepada notis FAQ yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar pada hari ini (20hb Mac 2020), Pihak Kerajaan Negeri Perak hanya akan mengkaji bantuan tambahan tersebut dari semasa ke semasa berdasarkan kemampuan kewangan Kerajaan Negeri. Ini membawa maksud bahawa semua peniaga yang tidak berdaftar dengan PBT tidak akan menerima apa-apa bantuan yang sewajarnya dari pihak Kerajaan Negeri Perak.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI