PEGAWAI POSITIF COVID-19, MUHYIDDIN JALANI KUARANTIN 14 HARI

TERKINI – PEGAWAI POSITIF COVID-19, MUHYIDDIN JALANI KUARANTIN 14 HARI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari bermula petang ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata salah seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya telah disahkan positif COVID-19.

“YAB Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada hari Khamis, 20 Mei 2020. Seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat tersebut telah disahkan positif COVID-19.

Baca Lanjut

SUGU PAVITHRA DAPAT TRIPOD & KAD UCAPAN ISTIMEWA DARI PM

KISAH KEHIDUPAN – SUGU PAVITHRA DAPAT TRIPOD & KAD UCAPAN ISTIMEWA DARI PM

IPOH, 16 Mei — “Kami hanya orang biasa, tidak pernah berharap akan dapat hadiah daripada Perdana Menteri, terima kasih,” demikian dikongsi pasangan YouTuber suami isteri yang menggunakan nama ‘Sugu Pavithra’.

S.Pavithra, 28, berkata dia dan suami M.Sugu, 29, menerima hadiah istimewa daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin lima hari lepas antaranya tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik serta barangan memasak.

Menurut Pavithra yang tinggal di kuarters sebuah ladang swasta di Sungai Siput, mereka turut menerima sekeping kad ucapan daripada pemimpin nombor satu negara itu dan ia telah diabadikan dalam bingkai gambar.

Baca Lanjut

KENALI LATAR BELAKANG MUHYIDDIN YASSIN, PERDANA MENTERI MALAYSIA

INFO – KENALI LATAR BELAKANG MUHYIDDIN YASSIN, PERDANA MENTERI MALAYSIA

Sejarah Ringkas

Tan Sri Muhyiddin Yassin, 73 tahun, ialah Ahli Parlimen P143 Pagoh sejak 1978 hingga 1986 dan pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan serta Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri dalam tempoh tersebut.

Kemudiannya beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor daripada tahun 1986 hingga 1995 sebaik dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang.

Baca Lanjut

GERAN KHAS PRIHATIN TAMBAHAN PKS (PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA SERTA MIKRO)

INFO – GERAN KHAS PRIHATIN TAMBAHAN PKS (PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA SERTA MIKRO)

Seperti yang kita sedia maklum, wabak Covid-19 telah menjejaskan aktiviti ekonomi negara Malaysia dan telah menyebabkan Perusahaan Kecil dan Sederhana telah mengalami kerugian kerana aktiviti ekonomi telah terhenti disebabkan wabak ini. 

Oleh yang demikian, Perdana Menteri pada 6 april 2020 lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau “PRIHATIN TAMBAHAN”.

Pengumuman ini merupakan berita baik kepada para pengusaha dalam industri perusahaan kecil dan sederhana iatu selain daripada tambahan Program Subsidi upah, ia adalah Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan.

Baca Lanjut