COVID-19: WANITA OKU SUMBANG PPE UNTUK BARISAN HADAPAN

COVID-19: WANITA OKU SUMBANG PPE UNTUK BARISAN HADAPAN

Walaupun dilahirkan tanpa tangan, namun wanita orang kurang upaya (OKU) ini tetap berkorban tenaga dengan menjahit pakaian perlindungan diri (PPE) bagi kegunaan petugas barisan hadapan.

Pembantu Tadbir di Kolej Komuniti Teluk Intan (KKTI), Norfarrah Syahirah Shaari, 32, menggunakan kemahiran menjahit menggunakan kaki untuk menghasilkan gaun isolasi yang akan disumbangkan kepada Hospital Teluk Intan (HTI) dan Klinik Kesihatan Teluk Intan.

Norfarrah Syahiran berkata, inisiatif #DariKomunitiUntukKomuniti dilakukan bersama sembilan kakitangan KKTI yang juga sukarelawan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan dibantu 25 tukang jahit lain.

Baca Lanjut

USTAZ EBIT LEW ‘CARI’ OKU YANG DIPAKAIKAN MASK OLEH TENTERA

KISAH KEHIDUPAN – USTAZ EBIT LEW CARI OKU YANG DIPAKAIKAN MASK OLEH TENTERA

Tular sebelum ini di media sosial, photo dan video seorang OKU berkerusi roda yang telah dipakaikan ‘mask’ oleh seorang tentera yang bertugas di dalam operasi Perintah Kawalan Pergerakan ekoran penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara pada ketika ini.

Posting tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna facebook bernama ‘Khairul Zulkefli‘ terus mendapat perhatian netizen dan telah dikongsi sebanyak 34,000 pengguna facebook yang lain pada waktu ini.

Susulan daripada kejadian itu, Penceramah Bebas yang sangat banyak membantu masyarakat ketika ini iaitu Ustaz Ebit Lew turut terkesan dan telah menanam semangat untuk bertemu dengan OKU berkenaan.

Baca Lanjut

OKU PUN BOLEH BERJAYA, JUAL KEBAB RAIH RM8,000 SEHARI

WALAUPUN KEADAAN FIZIKALNYA TIDAK SEMPURNA SEPERTI ORANG LAIN, NAMUN IANYA TIDAK MENJADI PENGHALANG BUAT LELAKI INI UNTUK BERJAYA.

Kisah lelaki ini mungkin boleh menjadi inspirasi buat mereka diluar sana bahawa tidak ada yang mustahil untuk mencapai kejayaan.

Ikhsan Sirat, 57 yang juga orang kurang upaya (OKU) kerdil mampu tersenyum bangga apabila dia kini memiliki lima buah trak makanan menjual kebab yang mampu menjana jualan mencecah RM8,000 sehari.

Baca Lanjut