KISAH KEHIDUPAN – USTAZ EBIT LEW CARI OKU YANG DIPAKAIKAN MASK OLEH TENTERA

Tular sebelum ini di media sosial, photo dan video seorang OKU berkerusi roda yang telah dipakaikan ‘mask’ oleh seorang tentera yang bertugas di dalam operasi Perintah Kawalan Pergerakan ekoran penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara pada ketika ini.

Posting tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna facebook bernama ‘Khairul Zulkefli‘ terus mendapat perhatian netizen dan telah dikongsi sebanyak 34,000 pengguna facebook yang lain pada waktu ini.

Susulan daripada kejadian itu, Penceramah Bebas yang sangat banyak membantu masyarakat ketika ini iaitu Ustaz Ebit Lew turut terkesan dan telah menanam semangat untuk bertemu dengan OKU berkenaan.

Sempat Ucap Syahadah, Mangsa Covid-19 ‘Pergi’ Dengan Mudah –>

Perkongsian daripada ‘Khairul Zulkefli‘ di facebook berliau

USTAZ EBIT LEW TELAH NEKAD MENCARI WANITA OKU BERKERUSI RODA ITU

Melalui posting terbaharu Ustaz Ebit Lew di facebook beliau, beliau telah memuat naik gambar-gamber terkini di mana beliau telah dapat mengadakan pertemuan dengan OKU wanita yang tular itu.

OKU wanita itu adalah seorang ‘mualaf’ yang telah memeluk islam dan nama beliau adalah Noraini Wong. Lantas Ustaz Ebit Lew telah membuat lontaran di facebook seperti di bawah ini;

Menangis tengok video tentera pakaikan mask untuk makcik ini naik kerusi roda elektrik. Pagi-pagi terus cari rumah Kakak Noraini Wong. Tengok ada adik muda yang baik nak pergi rumah makcik ini tapi dia tak nak buka pintu. Bila saya sampai buka mask. Dia menangis. Dia kata ustaz cina penceramah tv. Ebit lew. Saya selalu doa menangis nak jumpa ustaz. Saya tak pandai Islam nak berdakwah macam ustaz.

Terus rasa sebak sangat. Kakak ini meluah segala kisah hidupnya. Menangis semua yang ada disitu. Dia cerita dari kecil sampai sekarang. Sekarang kerja jual kacang-kacang sikit-sikit tepi jalan. Sekarang dah tak jual sebab PKP. Dengan kerusi roda elektrik tu dia kesana sini cari rezeki. Allahuakbar. Sikit pun tak mengharapkan sesiapa. Rumah tu dia kumpul duit beli sendiri. Beli sendiri. Terkejut mendengarnya.Menangis mendengarnya.

Dari mula kakak ni menangis. Tanya pasal Islam. Dia betul-betul kenal saya. Dulu berisi sikit katanya. Saya tak pandai mengaji. Kadang Tahajud susah nak bangun berwuduk. Beliau peluk Islam umur 20an.

Ujar Ustaz Ebit Lew di Facebook beliau.

Doktor Rindu Pada Abang-Abang Tabligh Yang Sentiasa Berzikir –>

Ustaz Ebit Lew memaklumkan bahawa Kakak Noraini Wong ini sangat merindui ibunya dan berhajat untuk bertemu dengan ibunya yang telah 14 tahun terpisah.

Difahamkan ibu kepada Kakak Noraini Wong ini menetap di Singapura dan Ustaz Ebit Lew telah berjanji untuk mencari ibu yang sangat dirindui oleh Kakak Noraini Wong ini.

Ustaz Ebit Lew juga memohon kepada peminat-peminatnya untuk sama-sama berdoa agar usaha tersebut berjaya.

Insyallah…

Sumber: Facebook Ustaz Ebit Lew