
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Terkini pada 05hb Ogos 2020 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) cawangan Tapah di Pejabat Urusan PUBI Perak & KOPUBI Perak Bhd.
Alhamdulillah, Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak merangkap Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En. Sharul Rahman telah menyambut kehadiran 4 orang pegawai tersebut dan diiringi oleh Timbalan Pengerusi PUBI Perak, En Mohamed Hemi dan juga Bendahari Kehormat PUBI Perak iaitu Pn Noorzalina.
Baca Lanjut →





KOMEN TERKINI