MURAL WAJAH WIRA-WIRA NEGARA TERMASUK LUKISAN WAJAH YDP AGONG DICONTENG SERTA DITULIS KATA-KATA KESAT

TERKINI: MURAL WAJAH WIRA-WIRA NEGARA TERMASUK LUKISAN WAJAH YDP AGONG DICONTENG SERTA DITULIS KATA-KATA KESAT

Lukisan mural wajah wira negara yang bekerja keras untuk mengendali krisis Covid-19 di negara kita, dilukis oleh anak Terengganu, Suhaimi Ali di Taman Cahaya Alam seksyen U12, Shah Alam, menjadi tular dan mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia.

Malah, YDP Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan berangkat ke Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 Shah Alam minggu lagi bagi menyaksikan lukisan mural gergasi potret pemimpin negara termasuk potret Baginda itu.Namun malangnya, menerusi perkongsian terkini oleh seorang individu di Twitter, lukisan mural itu telah dirosakkan oleh segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab.

Mereka bukan sahaja menconteng wajah semua wira negara tetapi turut menulis perkataan kesat termasuk di wajah YDPA yang secara jelas telah melanggar undang-undang negara.

Baca Lanjut