TERKINI: MURAL WAJAH WIRA-WIRA NEGARA TERMASUK LUKISAN WAJAH YDP AGONG DICONTENG SERTA DITULIS KATA-KATA KESAT
Lukisan mural wajah wira negara yang bekerja keras untuk mengendali krisis Covid-19 di negara kita, dilukis oleh anak Terengganu, Suhaimi Ali di Taman Cahaya Alam seksyen U12, Shah Alam, menjadi tular dan mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia.
Malah, YDP Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan berangkat ke Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 Shah Alam minggu lagi bagi menyaksikan lukisan mural gergasi potret pemimpin negara termasuk potret Baginda itu.Namun malangnya, menerusi perkongsian terkini oleh seorang individu di Twitter, lukisan mural itu telah dirosakkan oleh segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab.
Mereka bukan sahaja menconteng wajah semua wira negara tetapi turut menulis perkataan kesat termasuk di wajah YDPA yang secara jelas telah melanggar undang-undang negara.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Keluar Makan Bersama Gelang Kuarantin, Tindakan Wanita Ini Buat Netizen Risau
BUSUKNYA HATI
Menurut Mr James, dia yang kini berada di lokasi pada jam 10.30 tadi, mengesahkan pihak polis bersama media dan pelukis mural telah sampai ke tempat kejadian.
Laporan polis juga telah dibuat dan kini siasatan sedang dijalankan bagi menangkap pelaku yang tidak bertanggungjawab.
Warganet yang membanjiri ruangan komen menzahirkan rasa amarah mereka akan kejadian tersebut dan menyifatkan ianya sebagai bentuk penghinaan kepada negara.
KALAU TAK SUKA KERAJAAN BUKAN BALAS KAT ORANG LAIN
Hancur hati tengok..
Biadap yang conteng ni..
Ini satu penghinaan..
Dikira hina YDPA, lucut saja warganegara..
Sumber: Twitter @MrJamesLabu, SiakapKeli
KOMEN TERKINI