DUKA WAKTU BERBUKA, KANAK-KANAK 4 TAHUN MAUT JATUH DARI TINGKAT 12 KETIKA IBU TURUN AMBIL JUADAH

TRAGEDI – DUKA WAKTU BERBUKA, KANAK-KANAK 4 TAHUN MAUT JATUH DARI TINGKAT 12 KETIKA IBU TURUN AMBIL JUADAH

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Ampang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff berkata pihaknya menerima laporan kes berkenaan pada kira-kira pukul 6.45 petang daripada seorang pengawal keselamatan kondominium berkenaan.

Beliau berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.30 petang semasa bapa kanak-kanak itu tiada di rumah, manakala ibunya pula turun ke bawah bangunan untuk mengambil juadah berbuka puasa.

Baca Lanjut

MOHAMAD ADLY AKHIRNYA DITEMUI MENINGGAL DUNIA

TERKINI – MOHAMAD ADLY AKHIRNYA DITEMUI MENINGGAL DUNIA

SABAK BERNAM – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 28 April lalu ditemui meninggal dunia di sebuah kebun di Kampung Baru di sini pagi tadi.

Mayat, Mohamad Adly Noordin, 34, ditemui sekumpulan pemburu babi di kebun itu kira-kira jam 11 pagi.

Bapa saudara angkatnya, Mohamad Sungip Omar, 40, berkata, kumpulan pemburu itu kemudian memaklumkan kejadian berkenaan di balai polis berhampiran.

Baca Lanjut

LELAKI POSITIF COVID-19 MENINGGAL DUNIA SEWAKTU BERJALAN KAKI DARI JOHOR KE TERENGGANU

JENAZAH lelaki yang ditemui meninggal dunia di tepi jalan di Muadzam Shah selamat disemadikan sebelum Zohor tadi di Tanah Perkuburan Islam Setali, Kuantan. – Foto FB Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia

KISAH KEHIDUPAN – LELAKI POSITIF COVID-19 MENINGGAL DUNIA SEWAKTU BERJALAN KAKI DARI JOHOR KE TERENGGANU

Tragisnya…

SEORANG lelaki ditemui meninggal dunia di tepi jalan di Muadzam Shah, Pahang ketika dipercayai berjalan dari Segamat, Johor menuju ke kampung halamannya di Kuala Terengganu, kelmarin.

Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia, Rafie Zainal berkata, mangsa yang berusia 30 tahun itu kemudian disahkan positif Covid-19 selepas ujian saringan ketika bedah siasat dijalankan terhadap jenazahnya yang dibawa dari Hospital Muadzam Shah ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang, semalam.

Baca Lanjut

‘WAJAH ISMAIL KAMUS TENANG, BAGAI SEDANG TIDUR’

KISAH KEHIDUPAN – ‘WAJAH ISMAIL KAMUS TENANG, BAGAI SEDANG TIDUR’

KUALA LUMPUR: “Rasa sebak saat mengikat tali kafan arwah, jenazahnya cukup lembut dan mudah diuruskan. Wajahnya tenang bagaikan sedang tidur.”

Demikian pengalaman dikongsi Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Muhammad Rafieudin Zainal Rasid apabila diberi tanggungjawab mengetuai pengurusan jenazah pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Ismail Kamus.

Menurutnya, pihaknya tiba di Masjid As-Sobirin, Keramat pada 8.45 pagi tadi dan selang beberapa minit jenazah Almarhum dibawa dari kediamannya.

Baca Lanjut