PELAJAR POLITEKNIK LEMAS: MAYAT PERTAMA DITEMUI

Kredit foto: Berita Harian

BERITA – PELAJAR POLITEKNIK LEMAS: MAYAT PERTAMA DITEMUI

DUNGUN: Seorang daripada empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang hilang dihanyutkan ombak ketika mandi-manda di Pantai Teluk Bidara, di sini Jumaat lalu, ditemukan mat1 lem4s pada kira-kira 7.30 pagi ini.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata may4t yang dipercayai Muhammad Zul Fahmi Zuki itu ditemukan orang awam dalam keadaan terdampar di pesisir pantai berdekatan Mayang Sari Resort, di sini.

“May4t itu ditemui pada jarak lapan kilometer daripada lokasi mangsa mandi-manda bersama rakannya. May4t dibawa ke unit forensik Hospital Dungun untuk proses pengecaman oleh pihak keluarga,” katanya.

Azman berkata, pihaknya kini giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat tiga lagi yang masih hilang di kawasan lokasi yang sama mangsa ditemukan mat1 lem4s, sehingga ke kawasan Kuala Dungun dan Pantai Teluk Gadung.

Baca Lanjut