Kredit foto: Berita Harian

BERITA – PELAJAR POLITEKNIK LEMAS: MAYAT PERTAMA DITEMUI

DUNGUN: Seorang daripada empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang hilang dihanyutkan ombak ketika mandi-manda di Pantai Teluk Bidara, di sini Jumaat lalu, ditemukan mat1 lem4s pada kira-kira 7.30 pagi ini.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata may4t yang dipercayai Muhammad Zul Fahmi Zuki itu ditemukan orang awam dalam keadaan terdampar di pesisir pantai berdekatan Mayang Sari Resort, di sini.

“May4t itu ditemui pada jarak lapan kilometer daripada lokasi mangsa mandi-manda bersama rakannya. May4t dibawa ke unit forensik Hospital Dungun untuk proses pengecaman oleh pihak keluarga,” katanya.

Azman berkata, pihaknya kini giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat tiga lagi yang masih hilang di kawasan lokasi yang sama mangsa ditemukan mat1 lem4s, sehingga ke kawasan Kuala Dungun dan Pantai Teluk Gadung.

Dalam kejadian 6.30 petang Jumaat lalu, Muhamad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin; Muhammad Zul Fahmi; Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan; dan Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee, kesemuanya berumur 21 tahun, dikatakan mandi di kawasan berbatu dan tergelincir, sebelum dipercayai ditarik ombak.

Kredit foto: IPD Dungun

“Masa Untuk Rehat,” Status Terakhir Adik Sebelum Hilang Dikhuatiri Lemas, ‘Kakak’ Harap Semua Ini Mimpi –>

IBU REDHA DENGAN PEMERGIAN ANAK

Sementara itu, ibu mangsa, Maznah Muda, 55, mengesahkan may4t itu adalah Zul Fahmi berdasarkan parut di bahu kiri anaknya itu.

“Itu memang anak saya, selain parut kemalangan di bahu itu, seluar pendek yang dipakai itu adalah miliknya, “katanya selepas menbuat pengecaman di Bilik Forensik Hospital Dungun.

Katanya, beliau bersyukur anaknya ditemui yang seterusnya menjawab segala keresahan.

“Alhamdulillah, reda dan bersyukur kerana dapat menatap wajahnya hari ini biarpun dia pergi meninggalkan saya, “katanya.

Katanya, jenazah anaknya itu akan dikafankan dan disolatkan di Hospital Dungun sebelum dibawa ke Kemaman dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Geliga, dekat sini.

MANGSA Lem4s pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun, Fahmi Zuki (gambar kecil) dijumpai pagi ini 3 kilometer daripada tempt kejadian di Pantai Sura Tengah. NSTP/Rosli Ilham

Kredit: Berita Harian