COVID-19: AMERIKA SYARIKAT KINI MENCATAT KEMATIAN TERTINGGI NO.1 DI DUNIA

COVID-19: AMERIKA SYARIKAT KINI MENCATAT KEMATIAN TERTINGGI NO.1 DI DUNIA

ANKARA, 12 April – Amerika Syarikat kini telah melepasi Itali pada hari Sabtu untuk merakam angka kematian tertinggi di dunia daripada coronavirus (Covid-19), Anadolu Agency memetik kenyataan daripada Johns Hopkins University.

Universiti itu melaporkan, Amerika Syarikat mencatat 19,882 kematian dan lebih 514,415 kes di mana Amerika Syarika sedang bergelut untuk membendung wabak itu. Seramai 29,347 orang telah pulih dari penyakit ini.

Sehingga Sabtu, Itali telah mencatat 19.468 kematian, menurut data universiti tersebut. New York adalah bandar yang paling teruk akibat pandemik ini dengan lebih daripada 6,367 kematian dilaporkan.

Baca Lanjut

COVID-19: AMERIKA CATAT HAMPIR 2000 KEMATIAN SEHARI, KEMATIAN TERTINGGI DALAM 24 JAM

COVID-19: AMERIKA CATAT HAMPIR 2000 KEMATIAN SEHARI, KEMATIAN TERTINGGI DALAM 24 JAM

Amerika Syarikat mencatatkan kematian tertinggi akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam dengan hampir 2,000 kematian pada Rabu.

Menurut data dikeluarkan Worldometer, sebanyak 1,940 pesakit koronavirus di negara itu disahkan meninggal dunia semalam di mana kebanyakannya melibatkan warga New York City.

Selasa lalu, sebanyak 806 kematian telah direkodkan di bandar tersebut, lokasi yang paling teruk dilanda wabak di negara berkenaan.

Baca Lanjut

PENDUDUK WUHAN SAMBUT GEMBIRA, PERINTAH BERKURUNG AKIBAT COVID-19 TAMAT SELEPAS 76 HARI

LUAR NEGARA – PENDUDUK WUHAN SAMBUT GEMBIRA, PERINTAH BERKURUNG AKIBAT COVID-19 TAMAT SELEPAS 76 HARI

Setelah 11 minggu dalam perintah berkurung untuk memerangi gejala wabak pandemik Covid-19, akhirnya Wuhan kembali hidup semula.

Tepat pukul 12 tengah malam pada hari Rabu, pintu masuk dan keluar bandar itu akan dibuka. Seramai hampir 11 juta penduduk di bandar itu, kini dibenarkan keluar rumah tanpa memerlukan kelulusan rasmi daripada kerajaan.

Walau bagaimanapun, mereka perlu menggunakan aplikasi di telefon pintar bagi menjejaki pergerakan sekiranya mempunyai sebarang kontrak rapat dengan individu yang positif Covid-19.

Baca Lanjut

COVID 19: DITEMBAK MATI KERANA ENGGAN PAKAI TOPENG MUKA

Gambar : Google

COVID 19: DITEMBAK MATI KERANA ENGGAN PAKAI TOPENG MUKA

MANILA: Seorang warga emas berusia 63 tahun ditembak mati polis di Filipina selepas berang apabila diminta memakai topeng muka.

Ini merupakan kes pertama di mana pihak berkuasa bertindak menembak orang awam kerana melanggar arahan yang dikeluarkan kerajaan untuk mengawal wabak COVID-19.

Lelaki itu dipercayai dalam keadaan mabuk dan mengugut pihak berkuasa dengan sabit dalam kejadian yang berlaku di bandar selatan Nasipit di wilayah Agusan del Norte.

Baca Lanjut